SIAPA tidak mahu bergambar dengan bintang pop terkenal Justin Bieber?

Namun, setelah mendarat di Melbourne, Australia pada Ahad untuk promosi single terbarunya, penyanyi ‘What Do You Mean?” itu memberi peringatan kepada peminatnya yang ingin bergambar.

Kenyataan Bieber dibuat menerusi beberapa video di Snapchat.

“Cara anda bertanya atau mendekati saya apabila anda mahu gambar dengan saya akan menentukan sama ada saya mengambil foto atau tidak.

“Biasanya saya akan mengambil foto tetapi jika mungkin saya tidak berbuat demikian, atau saya tidak berada dalam mood untuk mengambil gambar ketika itu, sila menghormati saya dan hanya melayan saya dengan cara yang anda mahu dilayan," kata Bieber.

Tambah bintang pop kelahiran Kanada itu, jikalau peminatnya menjerit dengan lebih kuat, ia akan membuat beliau untuk tidak bergambar.

Dalam video itu, Bieber tidak menyebut jika mesej berkenaan khusus untuk peminat Australia, kerana menerima sambutan yang meriah di lapangan terbang.

Setelah video Snapchat itu dimuatnaik, Justin berkata - di Twitter - bahawa beliau rindui Australia.


Selepas Melbourne, Bieber akan bergerak ke Sydney untuk membuat satu persembahan.