SALAM takziah diucapkan kepada selebriti Wak Doyok atas pemergian ayah kandungnya pagi tadi.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkongsi kesedihan di laman sosialnya.

"Baba saya baru sahaja meninggal dunia. Tolong sedekahkan al-Fatihah buat Baba saya," tulisnya.

Ayah Wak Doyok, Haji Mohd Nor Abdul Hamid meninggal dunia dalam usia 86 tahun kerana sakit usus bengkak.

Allahyarham Haji Mohd Nor merupakan mantan tok siak Masjid Nurul Mutaqkim akan dikebumikan di tanah perkuburan Klang.