BUKAN sahaja nama ratu rap antarabangsa Nicki Minaj trending di media sosial selepas berkongsi sekeping gambar beliau sedang memegang perut dengan kapsyen - “#preggers pada Isnin.

Malah nama bintang Marvel, Tom Holland juga trending selepas pelakon itu mengumumkan di laman Instagramnya bahawa dia adalah ayah kepada anak yang dikandung Nicki.

Sudah tentu perkara menjadi persoalan kepada peminat kedua-dua selebriti tersebut, adakah benar perkara tersebut berlaku?

Tom Holland yang memengang watak Spider-man dalam siri Avengers, telah memuat naik gambar di Instagram dia bersama Nicki






Namun jangan salah faham, perkara tersebut hanyalah gurauan semata-mata antara kedua-dua selebriti antarabangsa tersebut.

Seperti mana yang kita tahu, Tom sememangnya seorang selebriti yang nakal dan suka menyakat.

Nicki juga membalas komen di Instagram Tom





BACA : Nicki Minaj mengandung anak pertama, beri kejutan kepada peminat melalui Instagram

Bagi mengelak salah faham pelakon tersebut juga telah memadam gambar tersebut daripada laman Instagram miliknya.

Peminat juga sedar bahawa anak yang dikandung Nicki itu hasil perkongsian hidup dengan Eksekutif Muzik, Kenneth Petty yang berkahwin sekitar Oktober tahun lepas.