SEKALIPUN isterinya orang Korea Selatan, namun pengasas syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengakui, kurang senang dengan populariti ledakan muzik K-Pop.
Bahkan, bekas orang kuat syarikat rakaman Warner Music itu juga secara terbuka menegaskan, beliau sangat muak dengan aliran muzik yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia itu.
"Isteri saya orang Korea Selatan tetapi saya muak dengan K-Pop. Jika seseorang mengatakan BTS sekali lagi, saya akan 'bunuh diri' atau BLACKPINK, redpink, pink apapun itu," kata Tony dalam nada gurauan dalam majlis pelancaran buku autobiografinya, Flying High di Jakarta, Indonesia pada Khamis.
Memetik laporan portal berita CNN Indonesia, Tony bagaimanapun, mengagumi strategi pemasaran terhadap muzik K-Pop yang membuahkan hasil yang lumayan pada negara itu.
Kenyataan Tony itu merujuk pada kejayaan yang diraih BTS sehingga muzik yang diperjuangkan mereka menembusi pasaran dunia selain anggota-anggota kumpulan itu diundang menyampaikan ucapan di pentas Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UN).
Dalam masa sama, Tony turut meluahkan kebimbangannya akan dianggap sebagai orang yang paling gagal seandainya beliau tidak membawa BTS mengadakan persembahan di Malaysia.
"Saya bertanggungjawab (menguruskan) salah satu stadium di Malaysia tetapi saya akan dianggap sebagai orang yang gagal jika tidak mampu membawa BTS ke Kuala Lumpur," ujarnya lagi.
Sebelum bergelar taikun penerbangan, Tony merupakan individu yang sangat dihormati dalam gelanggang muzik khususnya sekitar era 1990-an.
Beliau pernah menduduki jawatan tertinggi semasa berkhidmat dengan syarikat rakaman antarabangsa, Warner Music termasuk bertanggungjawab terhadap pasaran muzik rantau Asia Tenggara.
Berikutan muzik sangat dekat dengan jiwanya, Tony menyimpan hasrat untuk memasyhurkan Pop Asia (A-Po) pada masa depan.
Impian itu, jelas Tony, tercetus selepas beliau mengkaji kelebihan bakat seni masyarakat Asian Tenggara jika dibandingkan dengan Korea.
Menerusi rangkaian kenalan dan platform yang dimilikinya, Tony mahu memperkenalkan lebih ramai artis Asia Tenggara ke mata dunia.
"Bayangkan jika gadis Filipina, Thailand dan Indonesia bergabung, kita boleh menggelarkan mereka dengan panggilan 'MerahPink' atau 'HitamPink'," ujar beliau sambil ketawa.
Agensi
Fri Jul 05 2019
Tony berkata, beliau akan 'bunuh diri' jika sesiapa saja menyebut nama artis K-Pop padanya. - Gambar fail
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.
Tambang tetap penerbangan tambahan tengah malam, Loke hargai AirAsia
Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Feb lepas.