Tutup

Trailer filem Aquaman, Shazam dipertonton sempena Comic Con

Trailer filem Aquaman, Shazam dipertonton sempena Comic Con
Trailer filem Aquaman, Shazam! antara yang memeriahkan Comic Con International. -Gambar hiasan
SEMPENA acara gilang-gemilang Comic Con International di San Diego, banyak trailer filem antarabangsa  dilancarkan bagi mempromosi tayangannya nanti di layar perak.

Disenaraikan beberapa trailer filem yang membuat kemunculan sempena majlis berprestij itu.


Aquaman

Selepas beraksi buat kali pertama dalam "Justice League", Jason Momoa kembali dalam filem keluaran DC dan Warner Bros, kali ini dalam filemnya sendiri, "Aquaman".
"Aquaman" dikhabar akan ditayangkan pada 14 Disember 2018.


Shazam!

Sebuah lagi filem adi wira keluaran DC dan Warner Bros, "Shazam!" ditampilkan sebagai filem yang agak ringan, bergenre aksi-komedi, dan tidaklah terlalu dark.

"Shazam!" akan ditayangkan pada bulan April 2019.




Fantastic Beast: The Crimes of Grindelwald

Sekuel filem "Fantastic Beast" and "Where to Find Them" ini menjanjikan lebih banyak magik, aksi, dan ekplorasi dalam dunia Harry Potter.

Khusus buat peminat yang ingin mengenali Profesor Dumbledore ketika beliau masih muda, "Fantastic Beast: The Crimes of Grindelwald" akan ditayangkan pada November 2018.




Godzilla: King of Monsters

Kaiju muncul lagi dari kerak bumi! "Godzilla: King of Monsters" ialah sekuel kepada filem "Godzilla" pada tahun 2014 dan yang ke-35 dalam francais filem Godzilla.

Menurut Gamespot, filem ini juga adalah yang ketiga dalam Legendary’s Monstervers yang turut menampilkan King Kong.

Filem ini bakal ditayangkan pada bulan Mei 2019.




Glass

Filem ketiga yang melengkapkan trilogi filem Unbreakable (2000) dan Split (2017) legasi pengarah tersohor M. Night Shyamalan.

"Glass" menampilkan watak manusia sebenar yang menjadi ‘superhero’ dengan cara mereka tersendiri.

Masih menampilkan dua watak utama dari filem terdahulu, filem ini menggabungkan kelebihan kedua-dua watak dalam satu filem.

Glass akan ditayangkan pada 8 Januari 2019.