Dua trailer telefilem Saloma didedahkan kepada umum lewat malam tadi.

Saloma, telefilem arahan anak saudara Saloma sendiri iaitu Melissa Saila bakal ditayangkan kepada umum di saluran eksklusif Astro First.

Telefilem itu mengisahkan sejarah hidup Biduanita Negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma ikon muzik negara bermula di zaman kanak-kanaknya sehinggalah di saat kematiannya.

Telefilem itu dibintangi Nabila Huda, Azhan Rani, Tony Eusoff, Sazzy Falak, Sharifah Amani, Julia Ziegler, Amerul Affendi dan ramai lagi.

Saloma – Mencuri Guruh bahagian pertama daripada dua episod itu berlatar zaman kanak-kanak Saloma sehinggalah kepada penceraiannya dengan suami pertama A R Tompel.

Saloma - Pandang Kaseh bahagian kedua berlatar kehidupan Saloma sewaktu bersama P.Ramlee sehinggalah selepas kematian Seniman Agong negara itu.

GALERI FOTO : Di Sebalik Tabir pembikinan telefilem 'Saloma"


Diterbitkan oleh Kus Semangat Aktor, telefilem berdurasi empat jam ini akan ditayangkan dalam dua bahagian di saluran Astro First mulai 28 Ogos nanti.