'Tribute' istimewa peminat undang air mata Siti Nurhaliza

'Tribute' istimewa peminat undang air mata Siti Nurhaliza
Siti tidak dapat menahan sebak menyaksikan tribute istimewa daripada peminat menerusi lagu Hari Bahagia. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Acara sambutan ulangtahun ke 40 Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama kelab peminatnya, Sitizone, diserikan dengan 'tribute' istimewa daripada peminat menerusi lagu Hari Bahagia.

Ia merupakan satu kejutan yang dirancang untuk Siti oleh ahli kelab peminatnya yang menggelarkan diri mereka Sitizoners, dengan kerjasama pihak pengurusan Siti, Siti Nurhaliza Productions (SNP).
Tribute lagu dendangan asal Astrid dan Anji itu bukan sahaja mengundang air mata dalam kalangan peminat yang menyanyikan lagu itu beramai-ramai, malah Siti sendiri nyata tidak dapat menahan rasa sebak.

Siti dalam ucapannya mengakui terharu dan berterima kasih dengan usaha peminat yang setiap tahun tidak pernah gagal menganjurkan majlis untuk meraikan hari kelahirannya.

"Kuatnya Siti Nurhaliza adalah kerana peminat. Anda sentiasa ada di sisi saya selama ini, menyokong jatuh bangun saya," katanya.

Bertemakan warna emas dan kuning, majlis yang dirancang hampir sebulan itu berjaya mengumpul lebih 300 peminat, termasuk dari Singapura dan Indonesia.


Tag: Siti Nurhaliza, Sitizone, Sitizoner, peminat, kelab peminat, Indonesia, Singapura, ulangtahun


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.