Sekeping gambar milik pelakon cantik Fasha Sandha menjadi bualan netizen apabila cara berpakaiannya dikritik kerana terlalu seksi.

Fasha yang memakai persalinan ala Bollywood hadir ke malam berinai Elvina Mohamad semalam dikatakan terlalu sendat dan menampakkan bahagian dadanya.

Tindakan pelakon filem Anak Mami Kembali itu mengundang reaksi kurang selesa dalam kalangan peminat setianya.

Kebanyakannya meluahkan rasa terkejut dengan tindakan Fasha dan menyifatkan ia tidak sesuai dan sedikit keterlaluan.

"Sekali sekala nak jadi heroin Hindustan, cantiklah Fasha. Cuma kalau baju itu tak luas sangat orang tak kecam," tulis @adiknuranisafia.

"Harap delete gambar ini, memalukan umat Islam," tulis @mimishakespear.

"Macam mana boleh claim ibu mithali kalau pakai baju pun tak ada maruah?" soal @dietlov3rs.

"Sebenarnya bukan Fasha nak tayang pun, biasa dada mak-mak lagi mantap dari anak dara. Sudut gambar ini pun buat dia nampak seksi. Nak tegur biarlah bersopan," tampil peminat menyebelahi Fasha.

Foto itu sehingga kini telah mendapat lebih 1,000 komen dan 78,000 tanda suka (likes) di Instagramnya.