PELAKON Norlia Ghani berkongsi gambar terbaharu ketika berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji.

Menerusi gambar yang dikongsikan di Instagram (IG), rata-rata peminat mendoakan agar Norlia Ghani sentiasa diberi kesihatan yang baik ketika berada di Makkah dan Madinah.

@chanteq_craftco:Semoga di permudahkan segala urusan dan mendapat haji yang mabrur. Selamat pergi dan balik."

"@__deevangerz: Selamat mengerjakan ibadah haji mama @norliaghani semoga mendapat haji yang mabrur. Semoga mama sentiasa sihat sepanjang mengerjakan ibadah. Aamiin ya rabbal alamin."

"@linaray12: Alhamdulillah. Mama semoga segala amalan di berkati Allah. Amiin. Dan diberi kesihatan yang baik ketika berada di sana."

"@imizairy: Selamat menunaikan ibadah haji mama @norliaghani dan semoga segala urusan disana dipermudahkan dan mendapat haji mabrur."

"@nienaheesham: Semoga mendapat haji yang Mabrur. Aamiin. Jaga kesihatan disana. Semoga dipermudahkan segalanya."