PELAKON Umie Aida mendedahkan kakaknya Erma Fatima, telah membuat permintaan luar jangkaan kepada adik iparnya ketika majlis pertunangan Betty Rahmad pada September lalu.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Umie Aida berkongsi video Erma menyebut hantaran yang diminta daripada pihak lelaki.

Menurut Umie, kedua-dua belah pihak keluarga terkedu selepas Erma meminta adik iparnya, Ardy Damis membaca atau khatam senaskah al-Quran sebelum bernikah dengan Betty.

Umie memberitahu lebih mengejutkan apabila dengan tenang, Ardy Damis terus bersetuju dengan permintaan Erma.

Jelas Umie, dia faham apa yang cuba dilakukan kakaknya. Erma hanya mahu melihat kesungguhan Ardy Damis untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada adik bongsu kesayangan mereka.

Majlis pertunangan 15/9/2017 pihak pengantin lelaki terkedu termasuklah pihak pengantin perempuan , apabila erma cuma minta hantaran senaskah Al Quran yg harus di khatamkan oleh damis. Dan lebih terkedu apabila damis setuju dgn syarat itu. Tetamu pun terkedu.