SELEPAS diijabkabulkan pada 9 November lalu, pasangan pelakon Mawar Rashid dan Raf Yaakob telah diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang sangat indah pada malam semalam (Jumaat).

Bertemakan dekorasi Echanted Garden ilham perancang perkahwinan Glamweddings by Rizalman, resepsi Mawar dan Raf tidak ubah seperti perkahwinan Cinderella dan Putera idamannya.

Mawar atau penama lengkap Wan Mawar Shaputri Dato’ Wan Abdul Rashid itu kelihatan anggun dalam persalinan rekaan Putra Aziz daripada Cosry dengan wajahnya disolek oleh Ramzamode, rambut (Syuk Qadir) dan henna (Lea Henna).



Sementara itu, Raf yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Dato’ Fazley itu turut mengenakan sut rekaan Cosry.

Menariknya pada majlis resepsi tersebut, kek yang diletakkan di atas lampu chandelier yang tergantung turut menjadi perhatian 600 tetamu yang hadir.

Kek diberi nama Echanted Rose itu yang pada setiap lapisannya bertatahkan kristal Swarovki disediakan oleh Ketua Pereka Kek SukaSucre Bistro, Azrene.

BACA: Sekali lafaz, Mawar Rashid sah bergelar isteri Raf Yaakob

BACA: Berserinya wajah Mawar Rashid dan Raf Yaakob di Majlis Bersiram

BACA: Nikah Mawar Rashid, Raf Yaakob pohon restu ibu

Lapisan kek yang menggunakan sebanyak 7,777 biji kristal dengan ketinggian 13 kaki itu sekali gus menjadikannya sebagai kek perkahwinan tertinggi pernah dihasilkan sepanjang sejarah resepsi persandingan di Malaysia.

Majlis serba indah itu telah berlangsung dalam suasana tertutup di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.



Majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian oleh salah seorang bakat SukaSucre Creatives, Imran Ajmain selain kejutan persembahan oleh kawan baik Raf yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Festival Nombor Satu Malaysia, Mood Republic; Kimi Iskandar Ismail, penyanyi sedang meningkat popular; Amira Othman, persembahan tarian Asyik dari Kelantan oleh isteri Fazley; Datin Azrene Ahmad dan nyanyian daripada Fazley, Kiss From A Rose.

Setiap satu daripada tetamu yang hadir turut memberikan 200 jambak bunga ros kepada pasangan mempelai semasa persembahan khas Fazley.

Foto: Amir Naufal Photography