SELEPAS kejayaan memberangsangkan sebelum ini, filem animasi Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng sudah ditempah negara Asia Barat.
Penerbitnya, Datuk Norman Abdul Halim berkata, perbincangan sedang dijalankan dengan pengedar dari negara berkenaan.
"Kita sebenarnya telah ada tempahan di negara Asia Barat untuk filem ini, namun itu semua masih dalam proses perbincangan bersama pengedar di sana.
"Insya-Allah kita akan mendapatkan lagi lebih banyak pengedaran di negara-negara lain agar industri filem animasi tempatan akan mendapat perhatian penonton luar negara sekali gus setaraf karya antarabangsa," katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Norman lagi, filem industri animasi tempatan perlu dibawa ke tahap yang lebih tinggi supaya ia dapat diterima ramai.
Norman berkata, ini sejajar dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang meletakkan harapan agar industri animasi tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa sejajar dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
"Saya mengharapkan filem animasi Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng dapat diterima oleh semua peringkat usia dan lapisan masyarakat.
Norman berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis tayangan perdana filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng, di Cathay Cineplex eCurve Mutiara Damansara, pada Selasa.
Filem itu akan ditayangkan pada 24 November depan.
Selain watak Upin dan Ipin, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon seperti Puteri Balqis, Awie, Sarah Ali, Gambit dan Remy Ishak.
Filem ini merealisasikan impian kanak-kanak untuk melihat cerita Upin dan Upin dilakonkan dalam alam nyata.
Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng adalah filem usahasama Les'Copaque Production dan KRU Studio untuk menaikkan kembali industri filem tempatan yang dilihat semakin merudum.
Gempak
Wed Nov 02 2016
Majlis tayangan perdana filem 'Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng', berlangsung di Cathay Cineplex eCurve Mutiara Damansara, pada Selasa. - Foto Benama
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunaikan umrah
Kerajaan Arab Sudi terus komited untuk mempermudahkan urusan umrah sekaligus dapat menggalakkan lebih ramau umat Islam mengerjakannya.
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Kempen ‘We Care For Society’ diteruskan untuk tahun kelima
Sepanjang Ramadan Hada Labo meneruskan kempen amal “We Care For Society” untuk tahun kelima menyumbang kepada golongan yang memerlukan di Malaysia.
Kerajaan Perpaduan tidak pernah tahan wartawan, tutup media - Fahmi
Menurut Fahmi, sehingga kini mana-mana wartawan masih boleh menulis laporan termasuk memberikan kritikan terhadap kerajaan.
Pengebumian jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Umavathi Ramayah membawakan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Sindiket beli ganja hampir 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket yang aktif sejak dua tahun lalu itu dikesan membuat pesanan ganja berharga antara RM800 hingga RM1,000, dan ia diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Mechamato terima Anugerah Peminat Anime di Tokyo
Mechamato layak selepas mendapat sambutan menggalakkan apabila ditayangkan di Cartoon Network dan Netflix Jepun tahun lepas.
'Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng' dapat tempahan dari negara Asia Barat
Selepas kejayaan memberangsangkan sebelum ini, filem animasi Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng sudah ditempah negara Asia Barat.