Video temubual Kashika dengan Tun Mahathir dan Tun Siti tular, raih 1.4 juta tontonan

Video temubual Kashika dengan Tun Mahathir dan Tun Siti tular, raih 1.4 juta tontonan
Dimuat naik pada 10 Julai lalu, video ini sudah meraih 1.4 juta tontonan di laman Facebook Astro Gempak.
VIDEO temu bual kanak-kanak cilik, Kashika Selvam bersama Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menjadi tular di laman sosial.

Video temu bual eksklusif berjudul Hello TUNs itu dibawakan secara istimewa oleh Gempak bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Tun M yang ke-93 pada 10 Julai lalu dan sambutan hari jadi Tun Siti yang ke-92 pada hari ini (12 Julai).

Dimuat naik pada 10 Julai lalu, video ini sudah meraih 1.4 juta tontonan di laman Facebook Astro Gempak.
BACA: Perkara Paling Gila Pernah Tun M Lakukan? “Mengahwini Saya” – Tun Siti

Selain itu, video ini juga mendapat lebih 34,000 perkongsian dan mendapat lebih 1,700 komen netizen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada pasangan ini dan mendoakan agar mereka panjang umur serta sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

Jom kita saksikan video tembu bual Hello TUNs!


 
 

Teks: Kamaruddin Razal