Tutup

Wah... 15.7 juta pendengar mingguan di Astro Radio!

Wah... 15.7 juta pendengar mingguan di Astro Radio!
Jenama radio nombor satu Malaysia, ERA, meningkatkan pendengar mingguannya kepada 6.5 juta, manakala SINAR, jenama radio kedua tertinggi di Malaysia meningkatkan jumlah pendengar mingguan kepada 5.2 juta.
ASTRO Radio yang merupakan rangkaian radio nombor satu di Malaysia untuk pelbagai bahasa meningkatkan jumlah pendengar mingguan melebihi 15.7 juta menurut kajian terbaru GfK Radio Audience Survey Survey (RAM) di Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan keputusan, sejumlah 15.7 juta atau 77.2 peratus pendengar radio di Malaysia mendengar 11 jenama Astro Radio setiap minggu.
Jenama radio nombor satu Malaysia, ERA, meningkatkan pendengar mingguannya kepada 6.5 juta, manakala SINAR, jenama radio kedua tertinggi di Malaysia meningkatkan jumlah pendengar mingguan kepada 5.2 juta.

MY, memperkukuhkan kedudukan No. 1 di kalangan peminat berbahasa Cina dengan meningkatkan pendengar mingguan kepada 2.3 juta, sementara MELODY meningkatkan pendengarnya kepada 1.2 juta.
RAAGA, jenama radio Tamil No. 1 Malaysia juga meningkatkan jangkauannya kepada lebih daripada 1.6 juta pendengar mingguan. GEGAR mengekalkan kedudukan utamanya di Pantai Timur manakala HITZ pula terus menjadi jenama radio No. 1 berbahasa Inggeris.  

"Astro Radio memberi tumpuan dalam menyampaikan pengalaman jenama yang lengkap kepada 15.7 juta peminat kami. Dengan jumlah 26.1 juta capaian media sosial dan 13.2 juta aliran digital bulanan, kami terus membangun dan melibatkan pedampingan komuniti di semua jenama radio.

"Kami terus menerajui Segmen Pagi di negara ini bersama jenama ERA dengan jumlah 3.5 juta peminat dan segmen-segmen berikutnya menerima sebanyak 3.4 juta peminat," kata Datuk Jake Abdullah selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio.

Hari ini, radio adalah interaktif dan sosial; ia telah menjangkaui pengalaman audio yang biasa kepada pengalaman di pelbagai platform. Oleh itu, kandungan dipilih dan dihasilkan bagi memastikan ia bergema dengan kesemua segmen-segmen penduduk di Malaysia.


Tag: Astro, Astro Radio, ERA, SINAR, MELODY, pendengar ERA, RAAGA, HITZ



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.