Tutup

Walaupun masih belum ditayangkan, Sangkar sudah trending di Twitter!

Walaupun masih belum ditayangkan, Sangkar sudah trending di Twitter!
Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi. - Astro GEMPAK

MESKIPUN masih belum ditayangkan, filem terbaru arahan Kabir Bhatia, Sangkar telah berada di nombor tiga dalam senarai trending di laman sosial Twitter.

Kebanyakan netizen seakan tidak sabar menunggu Sangkar yang akan mula ditayangkan hari ini di pawagam seluruh negara, Singapura serta Brunei.

Berikut adalah reaksi dari mereka yang telah menonton Sangkar ketika sesi tayangan bersama peminat malam tadi.



Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Sangkar juga mencatat rekod dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Sangkar yang bakal menjengah pawagam mulai hari ini!