Web siri seram 'Nawangsih' karya Melly Goeslow di aplikasi MAXstream

Web siri seram 'Nawangsih' karya Melly Goeslow di aplikasi MAXstream
MAXstream menjalinkan kerjasama dengan Astro menghasilkan drama web seram Nawangsih hasil karya Melly Goeslow.
KUALA LUMPUR: Aplikasi streaming video Telkomsel Indonesia, MAXstream menjalinkan kerjasama dengan Astro menghasilkan sebuah drama web seram ‘Nawangsih’ hasil karya penyanyi dan komposer terkenal, Melly Goeslaw.

Drama 10 episod arahan Hedy Suryawan itu telah mula ditayangkan bermula 16 Januari dan mendapat sentuhan pemuzik terkenal Indonesia, Anto Hoed bagi skor muzik.

Nawangsih berkisarkan mengenai keluarga Arya lakonan Mario Lawalata bersama isterinya, Kiran lakonan Ririn Ekawati dan dua anak perempuan mereka Srimaya dan Nawangsih berpindah ke rumah pusaka bapa Arya.
Kehidupan di rumah berkenaan tenang sahaja sehingga Nawangsih lakonan Gisellma Firmansyah menemui lampu tua yang merupakan warisan datuknya dan sejak itu Nawangsih mempunyai hubungan luar biasa dengan semangat yang tinggal di dalam lampu berkenaan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

BTS @nawangsihtheseries #nawangsihtheseries

A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw) on


Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario berkata Astro teruja dengan perlancaran Nawangsih yang merupakan web siri pertama Astro bersama rakan kongsi Telkomsel.

“Kami percaya dengan penceritaannya dan komited untuk membawa lebih banyak karya-karya begini ke bentuk digital bersama rakan kongsi yang mempunyai fikiran yang sama.

“Dengan Nawangsih, ia memperkukuhkan hubungan dinamik Astro dengan Telkomsel dan kerjasama ini menjadi kolaborasi sulung daripada kolaborasi-kolaborasi yang seterusnya," katanya.

MAXstream juga sebelum ini menghasilkan web siri asal berjudul "Brata", drama thriller jenayah yang dibintangi oleh Oka Antara dan Laura Basuki.

Brata kini telah mendapat lebih 1 juta tontonan sejak pelancaran episod pertamanya di MAXstream pada September 2018.