KONSERT jelajah Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour akan digabungkan dalam sebuah dokumentari dan bakal ditayangkan di pawagam.

Menerusi laporan HLive, perjalanan Siti dalam ketiga-tiga konsert jelajahnya yang berlangsung di Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur itu akan digabungkan dalam dokumentari tersebut.

"Perjalanan sepanjang konsert jelajah ini akan digabungkan dalam satu dokumentari dan ia akan ditayangkan di pawagam seperti filem.

"Saya sendiri masih belum menontonnya, tapi saya tahu ia merupakan sesuatu yang sangat menarik.

"Untuk konsert di Singapura dan Kuala Lumpur, saya akan baik pulih dari segi susunan lagu, visual dan pakaian," katanya.


Konsert jelajah itu membuka tirainya di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada 21 Februari lalu.

Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour bakal meneruskan pelayaran ke Singapore Expo, Singapura pada 2 Mac dan pulang melabuhkan tirai ke Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 Mac nanti.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).