PELAKON Noorkhiriah mendedahkan dia terpaksa mencelup tangannya di dalam sup yang panas ketika babak sup bunjut di dalam drama Nur yang tular kemarin.

Noorkhiriah menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu dia hanya menahan kepanasan itu demi menjayakan babak tersebut.

"Ada yang tanya betul ke panas kak? ya dik...memang panas tapi tak ada lah panas meletup. Panas suam-suam sebab baru lepas dipanaskan.

"Tapi apa ada hal,dah keja. sauk jelah kerana itu pun membantu karakter.

"Alhamdulillah, cicak masa itu berbunyi on time pula. Maka spontan cicak pun masuk dalam dialog," tulisnya.

Sejak kemarin, topik sup bunjut mula trending di semua rangkaian sosial media.

Babak itu menunjukkan Aishah lakonan Noorkhiriah mendakwa Nur yang dijayakan Amyra Rosli sudah menyihir ahli keluarganya dan memasukkan sesuatu di dalam makanan.

Dia kemudiannya sanggup mencelup sup yang masih panas untuk mencari 'barang' tersebut dan menunjukkan kepada ahli keluarganya.

Bagaimanapun ia sebenarnya adalah sup bunjut.

BACA: Kerana Aishah, sup bunjut viral

Babak itu menyebabkan ramai penonton dan pengguna media sosial pecah perut kerana bahan itu diketahui ramai untuk menyedapkan masakan.