Sepanjang hayat Yasmin Ahmad, beliau sering dikenali sebagai sutradara yang bijak mengadun watak.

Kebanyakkan filem atau iklan yang dihasilkan Yasmin menggunakan gaya lakonan yang bersahaja dan semulajadi.

Resepi inilah yang digunakan pada setiap karyanya sehingga ia terkesan kepada sesiapa yang menontonnya malah ada yang ternanti-nanti.




Yasmin hanya dikenali sebagai pengarah iklan komersial sebelum aktif membuat filem.

Filem-filem yang dihasilkan beliau seringkali menjadi buah mulut orang kerana keunikan jalan cerita yang dibawanya seperti Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentine.

Namun begitu, ketika beliau sedang aktif menukar citarasa orang filem, beliau telah dijemput ilahi.

Walaubagaimanapun, mengikut keputusan poll yang dibuat astroawani.com, sebanyak 39% merasakan jasa dan sumbangan Yasmin kepada industri seni negara lebih dihargai selepas beliau meninggal dunia.

Sementara itu 31% yang lain merasakan sebaliknya.

a

Walau apa pun keputusannya, Yasmin Ahmad akan tetap dikenang sebagai pengarah genius dengan karya yang tidak pernah gagal menyentuh perasaan penonton.