PELAKON Yatt Hamzah mendedahkan dia pernah diugut bunuh gara-gara menyebarkan tentang kekejaman Israel.

Terbaharu, Yatt Hamzah memberitahu dia telah hilang pengikut di Instagram (IG) miliknya sejumlah 10,000.

“Semalam kongsi tentang kekejaman Israel. Beberapa jam selepas itu, terus hilang 10,000 pengikut di media sosial.

“Dulu pun sama selalu kena macam ni. Siap kena hack dan hilang IG dan FB .

“Ugutan bunuh pun dah pernah dapat. Agak-agak angkara siapa? But I don’t care. I’m not afraid. I won’t stop.

“Aku akan teruskan. Aku dah ada jawapan nanti di depan Allah.

“Aku sudah tunaikan kewajiban ku dan merekalah saksi-saksi ku. Selebihnya aku serah pada Dia,” tulisnya.

BACA: Jutaan pengikut hilang, ini jawapan Instagram

Yatt berkongsi perkara tersebut di IGnya.

Rata-rata pengikutnya terkejut dengan pendedahan tersebut dan mendoakan agar Yatt dilindungi Allah.

UGUTAN BUNUH pun dah pernah dapat. BLOCKED IG & FB, BUANG FOLLOWER, HAA APA LAGI? ALLAHUAKBAR. Buanglah banyak mana pun follower aku. Ugutlah apa pun. Buatlah apa pun, tapi AKU TAKKAN BERHENTI SAMPAIKAN KEBENARAN dan TEGAKKAN KEADILAN. Kalau sampai aku hilang semua akaun media social tempat aku berkongsi REZEKI dan ILMU ini sekali pun, aku takkan putus asa. Aku akan teruskan. Aku dah ada jawapan nanti di depan ALLAH. Aku sudah tunaikan kewajiban ku dan merekalah saksi2 ku. Selebihnya aku serah pada DIA. . HASBUNALLAH WANIKMAL WAKEEL.☝️☝️☝️ . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #keepfighting

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on