'You need to calm down' - Taylor Swift bawa geng dalam video baharu

'You need to calm down' - Taylor Swift bawa geng dalam video baharu
Video Muzik terbaharu Taylor Swift akan dilancarkan Isnin - Gambar Instagram/TaylorSwift
PENYANYI, Taylor Swift baharu sahaja melancarkan satu lagi lagu yang bakal ditampilkan dalam album terbaharunya iaitu You Need To Calm Down.

Lagu terbaharu itu kini trending di tangga ke 12 dan mendapat lebih 10 juta juta tontonan di laman YouTube sejak ia dilancarkan.

Apa yang lebih mengujakan peminat ialah bagi video muzik  terbaharu lagu tersebut akan menampilkan ramai selebriti terkemuka.
Antara Artis yang akan muncul dalam video muzik tersebut ialah Ryan Renolds, Ciara , Adam Lambert, Hannah Hart , dan juga pengacara terkenal Ellen Degeneres.

Ini merupakan kali kedua Taylor menampilkan rakan artis dalam video muziknya.

Sebelum ini, Taylor pernah muncul dengan video muzik yang menampilkan barisan artis menerusi lagu Bad Blood.

Antara artis yang muncul menerusi lagu Bad Blood ialah Hailee Steinfeld, Gigi Hadid, Ellie Goulding, Cara Delevingne dan Cindy Crawford.

Video muzik You Need To Calm Down akan dilancarkan pada jam 8.15 malam, pada Isnin.


Tag: Taylor Swift, YouTube, You Need To Calm Down, Video Muzik


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.