KADANG-KADANG sedih juga dengan komen-komen negatif netizen yang menghiris hati. Ramai artis sebenarnya tidak terlalu kisah jika komen-komen tersebut ditujukan kepada artis itu sendiri, tetapi apabila ianya ditujukan kepada ahli keluarga terutamannya anak-anak, ianya sangat kejam.

Terbaru, netizen yang mungkin tidak faham dengan mereka yang mengalami autisme meninggalkan komen yang cukup keras di Instagram Zarina Zainuddin.

Anak akak tak berapa betul akak pun baru nak belajar jadi betul .. takpe tapi kasih sayang akak pada anak melimpah limpah bak air pasang yang tak pernah surut .. Syukur Allhamdulillah ,nikmat dan rahmat Allah bagi hidup kita tak pernah sempurna sampai bila2 kerana Allah tak pernah salah menguji hambanya


Walaupun perasaannya pasti terguris, namun Zarina mengambil pendekatan yang tinggi untuk tidak membalas komen tersebut dengan sesuatu yang keras, sebaliknya beliau bersyukur dan mendoakan semoga netizen tersebut mendapat rahmat.


Zarina berkahwin pada tahun 1993 dan dikuniakan dengan empat cahaya mata termasuk kembar lelaki, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang mengidap autisme.


Zarina sering berkongsi video-video tentang kedua kembar tersebut untuk menimbulkan kesedaran dan berkongsi pengetahuan kepada orang ramai tentang penyakit autisme.