Tutup

Zizan Razak dedah sebab kenapa dia belum kahwin

Zizan Razak dedah sebab kenapa dia belum kahwin
Kesibukan di lokasi penggambaran menyababkan Zizan tidak mempunyai masa untuk berfikir soal kahwin.
PELAWAK dan pelakon terkenal, aktor Zizan Razak mengakui kerjayanya sebagai pelakon membuatkan dia tiada masa untuk mempunyai pasangan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zizan berkata, kebanyakan masanya dihabiskan di lokasi pengambaran.

“Assalamualaikum. Gambar ini diambil oleh assistant saya dan saya baru perasan tadi ada dalam gallery saya. Sejujurnya ini gambar waktu bekerja dan saya pun tak perasan saya boleh tertidur ketika shooting. 

“Mungkin terlalu penat fizikal. Tetapi mental saya tidak pernah mengalah untuk terus berjuang dan berkarya. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum. Gambar ini diambil oleh assistant saya dan saya baru perasan tadi ade dalam gallery saya. Sejujurnya ini gambar waktu berkerja dan saya pun tak perasan saya boleh tertido ketika shooting. Mungkin terlalu penat fizikal. Tetapi mental saya tidak pernah mengalah untuk terus berjuang dan berkarya. Dan gambar ini juga membuatkan saya terfikir tentang masyarakat yang tidak bertanggungjawab membocorkan filem kita yang tidak menghargai penat lelah kami sebagai anak seni dalam berkarya. Jadi bermula harini belajarlah untuk ada perasaan bertanggungjawab dan belas kasihan. Dan gambar ini juga membuatkan saya tersedar juga kenapa saya tiada masa untuk diri saya apatah lagi untuk berpasangan. Mungkin soalan “bila nak kahwin??” Terjawab buat mereka yang sentiasa bertanya. Jadi dibulan yang mulia ni sama samalah kita berdoa demi kebaikan kita bersama dan demi masa depan yang baik buat semua. I love all of you. Love u so much. Love u more. #zizanrazak #ramadan #iloveu #2019

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


“Gambar ini juga membuatkan saya terfikir tentang masyarakat yang tidak bertanggungjawab membocorkan filem kita yang tidak menghargai penat lelah kami sebagai anak seni dalam berkarya. 
"Jadi bermula harini belajarlah untuk ada perasaan bertanggungjawab dan belas kasihan. Dan gambar ini juga membuatkan saya tersedar juga kenapa saya tiada masa untuk diri saya apatah lagi untuk berpasangan. 

“Mungkin soalan “bila nak kahwin??” Terjawab buat mereka yang sentiasa bertanya. Jadi di bulan yang mulia ni sama samalah kita berdoa demi kebaikan kita bersama dan demi masa depan yang baik buat semua. I love all of you. Love you so much. Love you more,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar masyarakat lebih menghargai karya-karya yang dihasilkan dan tidak menyokong cetak rompak hasil seseorang.

Tidak kurang juga yang mendoakan Zizan segera bertemu jodoh dan mempunyai keluarga sendiri.


Tag: Zizan Razak dedah sebab kenapa dia belum kahwin, Zizan Razak, kahwin



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.