PELAKON Datin Seri Zizie Ezette mengumumkan dia kini sedang hamil bayi perempuan.

Zizie dan suaminya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dijangka menyambut bayi perempuan itu pada Mac tahun hadapan.

Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh pelakon tersebut di akaun Instagram miliknya.

"Girl, see you in March my sweet lil angle," tulis Zizie.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan gembira di atas berita tersebut.

Zizie dan Bung mendirikan rumah tangga pada tahun 2009.

Pasangan itu juga sebelum ini dikurniakan sepasang anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke yang baru berusia setahun.

Pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette setahun.