Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinannya tidak sekali-kali akan meminggirkan Sabah dan Sarawak malah sentiasa berusaha memastikan pembangunan sama rata untuk semua negeri di Malaysia.
Perdana Menteri berkata satu kompromi telah dicapai bagi melindungi kepentingan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu dalam penubuhan Malaysia.
Katanya, hak autonomi dan kedudukan kedua-dua buah negeri ini turut dinyatakan dalam Perkara 20, Suruhanjaya Cobbold.
"Sebagai Perdana Menteri, saya sentiasa berusaha bagi memastikan pembangunan yang sama rata untuk semua negeri di Malaysia," katanya dalam posting terbaru di laman blog www.1Malaysia.com.my sempena sambutan Hari Malaysia esok.
Najib berkata usaha berterusan bagi membangunkan ekonomi Sabah dan Sarawak sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.
Malah katanya kehidupan masyarakat di kedua-dua buah negeri itu telah banyak berubah berbanding 50 tahun yang lepas, selaras dengan pembangunan global.
Najib berkata sejak tahun 2010, kerajaan memperuntukkan RM2 bilion bagi melaksanakan sejumlah 79 projek pembangunan infrastruktur asas luar bandar di Sabah dan Sarawak.
Katanya, pada 2012 sejumlah RM62.3 juta daripada jumlah RM2 bilion telah diperuntukkan kepada Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) bagi membiayai beberapa projek, termasuk mereka bentuk jalan masuk dan jalan dalam ke Hab Halal Tanjung Manis, bekalan air di Samalaju dan kajian kebolehlaksanaan untuk Taman Sains di Mukah.
Tambahnya, sebanyak RM207 juta juga telah diperuntukkan dalam Koridor Pembangunan Sabah bagi melaksana beberapa projek infrastruktur dan pertanian.
"Usaha berterusan membangunkan ekonomi Sabah dan Sarawak sentiasa menjadi keutamaan kerajaan Malaysia malahan kehidupan masyarakat di kedua-dua negeri tersebut telah banyak berubah berbanding 50 tahun lalu selaras dengan pembangunan global," katanya.
Najib berkata tahun ini amat bersejarah buat semua rakyat Malaysia kerana negara akan menyambut ulang tahun rasmi penubuhannya yang ke-50 esok.
"Pengisytiharan rasmi penubuhan Malaysia telah dibuat oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tarikh bersejarah ini, dalam tahun 1963, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur," katanya.
Katanya, pengisytiharan itu yang disaksikan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 rakyat telah memberi sinar harapan kepada seluruh rakyat.
"Pada ketika itu, rakyat berbilang kaum dan agama, mengimpikan kemerdekaan, kebebasan dan kemakmuran dalam sebuah negara yang berdaulat", katanya.
Sempena dengan sambutan Hari Malaysia ke-50, Najib turut menyeru rakyat negara ini agar berganding bahu dalam membina kemakmuran ekonomi, mempertahankan kedaulatan dan memelihara keharmonian.
"Walaupun dalam usia muda, Malaysia berjaya membina sebuah negara disegani, sama ada dari aspek politik, ekonomi dan pembangunan sosial. Pengorbanan dan usaha gigih semua pihak dalam membentuk negara, mempertahankan keamanan dan kemakmuran selama ini akan sentiasa dihargai", katanya.
Bernama
Sun Sep 15 2013
10 Berita Pilihan - (24 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [24/04/2024] – Penghormatan terakhir | Anak MB direman | Didakwa tujuh pertuduhan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tradisi tentera laut iringi perjalanan terakhir wira negara
- Anak seorang Menteri Besar direman kes palsu dokumen lebih setengah juta
- Suspek kes tembak KLIA mengaku tak salah, cari peguam untuk perbicaraan
- Tekanan memuncak, sekali lagi pelayaran misi Flotila ke Gaza ditunda
#AWANInews
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunaikan umrah
Kerajaan Arab Sudi terus komited untuk mempermudahkan urusan umrah sekaligus dapat menggalakkan lebih ramau umat Islam mengerjakannya.
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Kempen ‘We Care For Society’ diteruskan untuk tahun kelima
Sepanjang Ramadan Hada Labo meneruskan kempen amal “We Care For Society” untuk tahun kelima menyumbang kepada golongan yang memerlukan di Malaysia.
Kerajaan Perpaduan tidak pernah tahan wartawan, tutup media - Fahmi
Menurut Fahmi, sehingga kini mana-mana wartawan masih boleh menulis laporan termasuk memberikan kritikan terhadap kerajaan.
Najib yakin Sabah capai kemajuan lebih pesat 50 tahun akan datang
Setiap tahap pembangunan akan memakan masa kerana saiz negeri Sabah yang luas, namun kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berusaha untuk memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini terus terbela.
Pembangunan di Sabah dan Sarawak tidak akan dipinggirkan - Najib
Perdana Menteri berkata satu kompromi telah dicapai bagi melindungi kepentingan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu dalam penubuhan Malaysia.
Dua acara khas di Sarawak sempena sambutan Hari Malaysia ke-50.
Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri akan ke Sarawak untuk dua hari sempena sambutan Hari Malaysia ke-50 sebelum ke Sabah.