Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membayar balik caj lebihan kepada kira-kira 1,400 pengguna terlibat berhubung isu kenaikan bil elektrik yang tular di media sosial sejak akhir Mei lalu.
Ketua Pegawai Peruncitannya, Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan menjelaskan, bayaran balik dibuat ke pada pengguna yang membuat aduan di saluran secara dalam talian atau di kaunter Kedai Tenaga seluruh negara.
"Setakat ini kita telah refund kepada pengguna di mana kita telah refund kembali ke dalam bil. Itu cara pertama. Cara kedua, ada pengguna meminta secara terus kita kreditkan ke akaun bank pengguna. Jadi, ada dua cara. Itu penyelesaian kita buat," katanya semasa lawatan TNB bersama media di Kedai Tenaga dan TNB Careline pada Selasa.
Setakat ini, TNB telah menerima kira-kira 45,000 aduan mengenai bil elektrik sejak Mei lalu.
Sejumlah 84 peratus daripadanya bagaimanapun berjaya diselesaikan dan usaha mengatasi isu dibangkitkan pengguna sentiasa dilakukan.
"Sebagai maklum balas mengenai bil tinggi dari pengguna, setakat semalam, kita telah menerima 45,000 maklum balas termasuk aduan dan pertanyaan sejak Mei lalu. Daripada jumlah itu, kita telah menyelesaikan lebih kurang 38,000 aduan iaitu 84 peratus," ujarnya.
Bagaimanapun, ketika ini, aduan berhubung kenaikan bil elektrik mengalami trend penurunan.
"Dari sudut trend, minggu lepas, menurun ketara berbanding sebelum raya. Selepas raya memang semakin kurang dan kurang. Ia berikutan pada Mei kita membuat sistem pemasangan, dan waktu sekarang operasi seperti biasa dan kita harap ia berkekalan. Kita tidak mengatakan ia aduan kosong,"ujarnya.
Sementara itu, berdasarkan analisa dibuat TNB, sistem pemasangan smart meter di Melaka yang menjadi projek perintis memberi kesan kepada bil elektrik pengguna.
Bagaimanapun, kesulitan berkenaan hanya bersifat sementara demi kemudahan pengguna pada masa hadapan.
"Jadi sebenarnya meter-meter baharu ini mempunyai fungsi yang boleh memberi kebaikan kepada pengguna iaitu membantu pengguna memantau penggunaan elektrik. Pada masa sama, memang ada kesan kepada sebahagian pengguna iaitu peningkatan bil disebabkan penukaran meter-meter baharu ini di mana meter-meter lama, kejituan dan ketepatannya telah lari. Jadi apabila dipasang dengan meter baharu maka ada peningkatan dalam bil. Itu sebahagian analisa daripada maklum balas khususnya pengguna di Melaka," tambahnya.
Malah katanya, isu mengenai caj berganda kerana terima bil elektrik selepas 30 hari juga berikutan langkah kadar rata yang dilakukan TNB.
Rahimah Abdullah
Tue Jun 25 2019
TNB membuka aduan dan cadangan kepada pengguna melalui Kaunter dan kiosk di Kedai Tenaga serta TNB Careline. Gambar:Astro AWANI/ Rahimah Abdullah
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp
Selain itu, EAIC masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran sedia ada iaitu SPAPS di Portal EAIC, e-mel dan secara bersemuka.
KPDN Melaka terima 390 pelbagai aduan kepenggunaan
Antara aduan diterima membabitkan transaksi dalam talian iaitu tidak menerima barang atau perkhidmatan serta barang atau perkhidmatan diterima tidak seperti ditawarkan termasuk pakej umrah.
KKR terima 5,836 aduan menerusi aplikasi MYJalan, 1,203 diselesaikan - Nanta
Kementerian Kerja Raya telah menyelesaikan sebanyak 1,203 aduan daripada keseluruhan 5,836 aduan yang diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat 6 Dis lepas.
HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit
HTAR memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.
3,750 aduan jalan rosak diterima menerusi MYJalan setakat 30 Okt
Sejumlah 3,750 aduan diterima melalui aplikasi MYJalan bagi tempoh 1 Ogos hingga semalam (30 Okt), antaranya berkaitan masalah jalan berlubang, kerosakan papan tanda dan perabot jalan.
116 aduan internet oleh Ahli Parlimen akan diambil tindakan - Fahmi
Fahmi merakamkan penghargaan buat kesemua Ahli Parlimen yang memberi kerjasama penuh dengan kementerian.
Orang ramai tidak digalak guna media sosial untuk salur aduan berkaitan bekalan - Fuziah
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan media sosial untuk membuat aduan berkaitan bekalan barangan keperluan.
Buat aduan buli secara terus di reruai KPM
Petugas di reruai akan menunjukkan cara untuk membuat aduan berkenaan kepada pengadu.
Polis Kedah terima 306 laporan sepanjang tempoh PRN
Polis Kedah menerima 306 laporan berkaitan pelbagai jenis aduan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula 28 Julai hingga 13 Ogos lepas.