Sejumlah 1.8 juta anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berada dalam keadaan siap siaga bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Shahidan berkata kesemua anggota tersebut bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa bagi membantu polis, tentera, bomba dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) memastikan mangsa banjir mendapat bantuan terbaik daripada pihak kerajaan.
"Kita gerakkan (semua anggota) ke seluruh negara. Saya juga bergerak dari Terengganu, Kelantan, Perak dan ada sikit di Perlis kemudian kita akan gerakkan jentera kita ke mana sahaja.
"Di pusat penempatan sementara sewajarnya polis (bertindak) sebagai ketua, timbalannya pihak bomba dan agensi-agensi lain seperti APM, Rela dan sebagainya membantu," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat penempatan di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis di sini, hari ini.
Shahidan berkata di daerah Manjung, enam pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan 943 mangsa daripada 225 keluarga dan kesemua pusat pemindahan tersebut berada dalam keadaan baik termasuk aspek bekalan makanan.
Shahidan berkata sehingga kini pihaknya meletakkan Perak pada amaran berjaga-jaga dan APM bersedia menghantar pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke negeri ini sekiranya keadaan membimbangkan.
"Kita hantar pasukan SMART di Kelantan dan Terengganu. Kita ambil pendekatan kalau kita dapat amaran berjaga, kita mesti turun bawah (lokasi kejadian).
"Pusat pemindahan juga diaktifkan serta-merta kecuali apa yang berlaku di Pulau Pinang itu di luar (jangkaan)," katanya.
Shahidan berkata sehingga kini kesemua aset APM mencukupi dan berada dalam keadaan terbaik bagi menghadapi bencana banjir.
"Aset mencukupi iaitu aset kerajaan dan juga aset badan bukan kerajaan (NGO) yang boleh kita sewa temasuk dari persatuan nelayan untuk digerakkan kalau sekiranya diperlukan," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2017
Anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan aset agensi itu berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi banjir. - Gambar hiasan
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Perlu isyhtihar jika bawa lebih S$20,000
: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih 20 Ribu Dolar Singapura atau bersamaan dalam mata wang asing.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
G7 tekad, untuk redakan perang di Asia Barat, Ukraine-Rusia
Isu peperangan di Ukraine dan Asia Barat mendominasi mesyuarat Menteri Luar Kumpulan G7,terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Lari fokus, abai kesihatan antara masalah utama jemaah
Beberapa masalah jemaah haji Malaysia, antaranya terlalu tumpukan kepada ibadat sunat dan abai soal kesihatan dikumpul hasil pemerhatian bekas petugas Tabung Haji (TH) sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat. Namun, semua masalah ditangani secara bijak oleh petugas TH yang menggalas tanggungjawab.
Op Prihatin: 144 pegawai, anggota APM ronda seluruh Perak
Sebanyak 144 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan bagi melakukan rondaan di lokasi panas seluruh Perak menerusi Op Prihatin.
APM perlu tingkat ketahanan nasional demi kesejahteraan rakyat - TPM
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) perlu bergerak ke hadapan dalam meningkatkan ketahanan nasional demi keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat negara ini.
Cuaca panas: Penduduk Sik diminta waspada reptilia berbisa
Penduduk di daerah Sik diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kehadiran reptilia berbisa di kawasan persekitaran rumah masing-masing susulan cuaca panas ketika ini.
APM sasar satu platun CDA-ERT di setiap cawangan LPP menjelang akhir tahun 2024
Ia seiring kehendak kerajaan untuk merekrut penjawat awam sebagai anggota CDA-ERT bagi menjadi responden pertama mendepani sebarang bencana.
'King Cobra' 20 kilogram berehat bawah almari dapur berjaya ditangkap
Seekor ular tedung selar dengan berat 20 kilogram sedang 'berehat' sambil melepaskan dengusan yang kuat.
Biawak tersekat dalam lubang tandas pasar raya
Kepala biawak seberat empat kilogram tersumbat dalam sebuah lubang tandas lelaki.
APM kenal pasti 6,000 hotspot banjir seluruh negara
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mengenal pasti kira-kira 6,000 'hotspot' banjir di seluruh negara sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan ini hingga Mac depan.
Lebih 13,000 anggota APM sedia digerakkan hadapi banjir
APM bersedia menggerakkan lebih 13,000 anggotanya dalam tempoh 24 jam ke seluruh negara bagi menghadapi banjir susulan Monsun Timur Laut.
APM sasar latih 330,000 orang awam ilmu asas pertahanan awam setahun
Tahun ini APM telah melatih 240,000 orang awam yang terdiri daripada golongan pelajar serta kakitangan agensi kerajaan.
45 daerah seluruh negara belum ada premis APM sendiri - Armizan
Kebanyakan APM daerah di Sabah dan Sarawak terpaksa menumpang di premis lain dan ada yang terpaksa beroperasi dari rumah kakitangan APM.