DARI pelbagai berita yang disampaikan sepanjang hari ini (Rabu, 25 September 2019), berikut adalah 10 berita yang menjadi pilihan pengikut Astro AWANI:

1) Polis tembak mati suspek sindiket penyeludupan migran

Seorang lelaki warga tempatan disyaki ahli sindiket pemerdagangan manusia warga asing mati ditembak polis di Jalan Bandar 10, Puchong, Selasa malam.

2) PDRM cuba bawa balik Jho Low sebelum hujung tahun - IGP

Menjelang hujung tahun ini, usahawan kelahiran Malaysia yang sangat dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low dijangka dibawa pulang ke tanah air.

3) Video intim: PDRM perlu guna khidmat pakar untuk lakukan analisa kandungan - IGP

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan kepakaran pihak luar untuk menganalisa kandungan video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri kanan seperti yang tular di media sosial beberapa bulan lalu.

4) Nilai semula ECRL tanpa 'memalukan' China - Prof Dr Jomo

Pakar Ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menegaskan bahawa Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) perlu dinilai semula tanpa 'memalukan' negara China.

5) 47 pelajar Malaysia selamat tiba dari Riau

Seramai 47 pelajar Malaysia di Riau selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) tengah hari Rabu.

6) Anggota polis maut, kereta dinaiki bertembung lori

Seorang anggota polis maut manakala isteri dan dua anaknya parah selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori sehingga menyebabkan kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai.

7) PBB jangan diam diri isu Rohingya - Tun Mahathir

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa memainkan peranan dalam menangani krisis yang mendepani etnik Rohingya.

8) Melaka mungkin laksana kaedah air berjadual

Walaupun Melaka mula dilimpahi hujan sejak beberapa hari lalu, tetapi paras air di empangan dan kolam tadahan, terutamanya di empangan utama di Durian Tunggal masih belum menunjukkan perubahan positif.

9) Penampilan Meghan Markle curi perhatian

Penampilan Duchess of Sussex, Meghan Markle memakai selendang ketika menziarahi masjid tertua di Afrika Selatan, Auwul, di Bo-Kaap pada hari kedua lawatan diraja mendapat pujian ramai.

10) Bolsonaro - Jangan menyibuk; Amazon milik Brazil

Presiden Brazil Jair Bolsonaro bertegas mempertahankan hak negaranya mengekploitasi hasil mahsul hutan Amazon untuk tujuan pembangunan.