DARI pelbagai berita yang disampaikan sepanjang hari ini (Khamis, 26 September 2019), berikut adalah 10 berita yang menjadi pilihan pengikut Astro AWANI:

1) Digelar anti-Yahudi: Dr Mahathir 'diserang' di Columbia University

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa menjadi hak mana-mana individu untuk bersuara tentang sesuatu perkara, termasuk bersifat anti-Yahudi.

2) Yazit Search meninggal dunia

Pemain dram kumpulan rock legenda Search, Yazit Ahmad, 56 tahun telah meninggal dunia selepas menderita akibat kerosakan otak.

3) PH Kedah tidak gentar penyatuan ummah UMNO-Pas

Pakatan Harapan (PH) Kedah tidak gentar dengan penyatuan ummah antara UMNO dan Pas kerana tahu jalinan itu hanya sekadar menutup isu berkaitan pemimpin tertinggi mereka yang kini berdepan pertuduhan mahkamah.

4) Ahli Lembaga Pengarah 1MDB seperti dipaksa Najib luluskan pinjaman US$750 juta - Saksi

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terkilan selepas mendapati permintaan penambahan pinjaman berjumlah US$750 juta terus dibuat kepada Datuk Seri Najib Razak bertujuan memaksa BOD bagi meluluskan pinjaman berkenaan.

5) Jawatankuasa Pilihan Bagi Perangi Berita Tidak Benar dicadang ditubuhkan

Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang menimbang untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Bagi Memerangi Berita Tidak Benar, ujar Menterinya, Gobind Singh Deo.

6) Satu saat pun saya tidak pernah lupa berdoa untuk Adib - Ibu

Sejak kejadian yang menimpa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, satu saat pun tidak pernah dipersiakan oleh ahli keluarga untuk berdoa agar keadilan dalam kes tersebut dapat ditegakkan.

7) Treler bahan kimia terbalik, tiada bahan berbahaya dalam air, udara

Tiada bahan kimia berbahaya dikesan di dalam air dan udara selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengalirkan air ke dalam tangki sebuah treler yang terbalik di Kampung Parit Mentara 3, Bagan Serai pada Rabu.

8) Cuma salah faham kecil, Faiz terharu Sonny B Williams mohon maaf

Permohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh bintang ragbi bertaraf dunia, Sonny B Williams kepada seorang jurugambar Malaysia, Muhamad Faiz Azizan atas satu kesilapan kecil, tanpa disangka menjadi bualan dalam kalangan peminat bintang All Blacks itu.

9) Bau busuk membawa kepada penemuan mayat lelaki reput dan berulat

Mayat seorang warga emas lelaki ditemui dalam keadaan reput dan berulat di dalam sebuah rumah di Kampung Bukit Marak, Kota Bharu, Rabu malam.

10) Bekas Presiden Perancis, Jacques Chirac meninggal dunia

Bekas Presiden Perancis, Jacques Chirac meninggal dunia pada usia 86 tahun.