DARI pelbagai berita yang disampaikan sepanjang hari ini (Rabu, 2 Oktober 2019), berikut adalah 10 berita yang menjadi pilihan pengikut Astro AWANI:

1) Polis tahan enam suspek tembak gajah pygmy di Tawau

Polis menahan enam lelaki termasuk seorang peneroka dan pekerja yang digajikan khas Felda, serta seorang pendatang tanpa izin, yang disyaki terbabit dalam kes tembak seekor gajah yang ditemui mati di kawasan hulu Sungai Udin, Dumpas dekat sini, Selasa lepas.

2) Tidak hormat lagu Negaraku: Polis ambil keterangan sembilan individu

Polis telah mengambil keterangan sembilan individu termasuk seorang wanita berhubung rakaman video memaparkan sekumpulan individu yang dilihat enggan berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan dalam satu majlis di Sarawak.

3) Bekas CEO SSM, anak berdepan 37 pertuduhan rasuah melibatkan RM5.7 juta

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.7 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu.

Beliau membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Azura Alwi.

4) Transaksi e-dagang catat lebih 10,000 aduan, nilai kerugian hampir RM12 juta - NCCC

Pusat Khidmat Aduan Pengguna (NCCC) menerima 54,681 aduan daripada pengguna seluruh negara sepanjang tahun lalu yang membabitkan kerugian lebih RM360 juta.

5) Wajah balu Nazrin bersahaja ketika kebakaran - Saksi

Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, balu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, mempamerkan riak wajah bersahaja, ketika anggota bomba tiba di sebuah rumah di Mutiara Homes, Petaling Jaya, bagi memadamkan kebakaran pada 14 Jun tahun lepas.

6) Maybank antara bank paling selamat di Asia

Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi dinamakan sebagai antara bank paling selamat di Malaysia oleh majalah kewangan bulanan, Global Finance, sebagai sebahagian daripada kaji selidik eksklusifnya yang akan diterbitkan dalam keluaran November 2019.

7) "Kami kehilangan wartawan yang baik, bijak" - Kenalan Allahyarham Hanna

Pemergian wartawan muda berjiwa besar BBC News, Hanna Yusof ke rahmahtullah disifatkan sebagai kehilangan besar pada dunia kewartawana

Kematian secara mengejut wartawan berusia 27 tahun itu disambut dengan kedukaan oleh rakan-rakan seperjuangannya di bilik berita stesen berkenaan.

8) Dedah surat peribadi, Meghan Markle saman tabloid Britain

Duchess of Sussex, Meghan Markle memfailkan saman terhadap tabloid Britain, Mail on Sunday selepas tabloid tersebut menerbitkan surat peribadi yang diutuskan kepada ayahnya tanpa kebenaran.

Malah pihak guaman Markle turut menyifatkan terbitan tersebut sebagai menyalahi undang-undang.

9) 14 cedera, enam terperangkap, jambatan runtuh di Taiwan

Sekurang-kurangnya 14 cedera apabila Jambatan Nanfangao sepanjang 140 meter berdekatan sebuah pelabuhan di timur laut Taiwan runtuh, pada Selasa.

10) RWC 2019: Perancis tundukkan Amerika Syarikat 33-9

Pasukan Perancis menambah lima lagi mata selepas berjaya menundukkan Amerika Syarikat dalam perlawanan dalam Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 di Stadium Fukuoka Hakatanomori di Fukuoka pada Rabu.