DARI pelbagai berita dari dalam dan luar negara, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan pengikut Astro AWANI sepanjang hari ini (Khamis, 30 Oktober 2019).

1) Pakar bidan Dr Hamid Arshat kecewa pejabatnya diserbu tanpa sebab yang jelas

50 tahun mencurahkan khidmat sebagai doktor atau pakar perbidanan, tiada apa yang mengecewakan Dr Hamid Arshat apabila pejabatnya diserbu oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

2) Kerajaan sedia kaji semula pelaksanaan GST - Dr Mahathir

Sebelum ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyarankan kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020.

3) Pecah amanah RM30.4 juta: Polis buru 21 bekas peguam dikehendaki

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad, lima daripada suspek telah melarikan diri ke luar negara manakala selebihnya masih berada dalam negara.

4) KPDNHEP Perak serbu kilang makanan ringan guna sijil halal tidak sah

Semakan mendapati, alamat premis digunakan dua syarikat dan kedua-duanya menggunakan logo halal pada setiap makanan ringan keluaran mereka.

5) Perbicaraan kes jual sijil lahir, MyKad bermula 6 April tahun depan

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan lima hari bermula 6 April 2020 sebagai tarikh perbicaraan kes seorang penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang dan lima lagi individu yang berdepan 13 pertuduhan berhubung sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing.

6) 'Jutawan' tinggalkan hutang kepada isteri selepas majlis persandingan mewah

Sudahlah tidak melunaskan bil penganjuran majlis perkahwinan di hotel, 'jutawan' itu juga meninggalkan isteri yang dikahwininya dengan bebanan hutang.

7) Asrama tempatkan 41 murid musnah terbakar

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor yang menaiki sebuah jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

8) Thomas Cook - Tugas beres, terima kasih MH

Operasi Matterhorn yang dilancarkan pihak penerbangan awam United Kingdom (CAA UK) membawa pelancong terkandas pulang ke United Kingdom ekoran syarikat pelancongan Thomas Cook bankrap tamat.

9) Tidak jujur sejarah hubungan seks, lelaki 'tidak sedar' derma darah dijangkiti HIV

Lelaki berusia 35 tahun itu didakwa melakukan pengisytiharan palsu di bawah Akta Penyakit Berjangkit, dan dijatuhkan hukuman empat bulan penjara dan didenda S$10,000.

10) Grab terkejut dengan cadangan MyCC, akui patuhi syarat Akta Persaingan 2010

Syarikat e-hailing terbesar Asia Tenggara, Grab akui terkejut dengan cadangan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang ingin mengenakan denda sebanyak RM86.77 juta.