Tutup

10 berita pilihan sepanjang hari ini

10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 18 Oktober 2019.

1) Sempadan negara bolos: Anda diperhatikan! - Latheefa Koya

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, pihaknya kini sedang bekerja rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti kumpulan dan anggota penguatkuasa yang terlibat.

2) Sempadan negara dibolosi, anggota penguatkuasa 'buta' mata
Anggota penguatkuasa di sempadan negara di Padang Besar, Perlis ibarat pandang sebelah mata terhadap kegiatan penyeludupan barangan bersubsidi secara berleluasa ke luar negara.

3) Maut disambar petir ketika pulang solat Jumaat
Seorang pengawal keselamatan maut dipercayai disambar petir ketika dalam perjalanan pulang dari solat Jumaat di Kampung Hujung Alor, Alor Setar.

4) 'Biar mati dari hidup melutut' - Laman web UM jadi sasaran penggodam

Belum selesai lagi isu protes pada hari konvokesyen, Universiti Malaya (UM) berdepan satu lagi kontroversi apabila pautan berbayar di laman web rasminya menjadi sasaran penggodam.

5) 'Saya kekal bebas' - Ahli Parlimen Bukit Gantang nafi sertai PKR

Desas-desus tentang haluan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sama ada benar menjadi ahli PKR atau tidak, bertiup kencang.

6) Korban Zika: Jenazah pegawai maritim diterbangkan ke Kuantan

Allahyarham Leftenan Muda (M) Mohamad Ikmal, merupakan korban pertama akibat virus Zika di negara ini tahun ini dan merupakan kes kesembilan dilaporkan sejak empat tahun lalu.

7) Ibu muda mati dalam derita apabila rahim direntap doktor selepas bersalin

Seorang wanita meninggal dunia apabila rahimnya direntap keluar oleh seorang doktor selepas melahirkan bayi perempuan dalam satu kejadian di Nizhneserginskaya, Rusia.

8) Komik propaganda: Pengarang, penulis akan dipanggil untuk beri keterangan - Muhyiddin

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan berhubung isu pengedaran komik bertajuk 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' kepada institusi pendidikan termasuk sekolah.

9) Ev Ting bakal beraksi dalam acara ONE di Singapura bulan depan

Atlet seni bela diri (MMA) negara Ev Ting bakal kembali ke pentas ONE Championship pada November ini untuk beraksi dalam acara mereka di Singapura.

10) Remy Ishak mengaku alami depresi, sedang 'berubat dan bakal jumpa psikiatri

Beberapa insiden terjadi dalam kehidupan aktor Remy ishak sehingga dia mengakui mula mengambil beberapa jenis ubat yang digunakan untuk menenangkan diri.




Tag: berita pilihan, astro awani, berita dalam negara, berita luar negara



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.