ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 19 Oktober 2019.

1) Syabas! Ini momen paling indah sepanjang tonton perlawanan bola sepak!

Tindakan spontan lima pemain bola sepak wanita melindungi pemain lawan selepas tudung yang dipakai wanita tersebut terbuka - mendapat pujian pengguna media sosial.

2) Kawalan keselamatan ditingkat pada majlis angkat sumpah Jokowi

Isu keselamatan menjadi perhatian utama semasa majlis pelantikan Presiden Indonesia pada Ahad, apatah lagi bila majlis itu turut dihadiri pemimpin-pemimpin luar negara termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

3) Wong Yan Ke boleh ambil transkrip ijazah - UM

Graduan kejuruteraan Wong Yan Ke yang membawa plakad bantahan ke pentas semasa istiadat konvokesyen Universiti Malaya (UM) pada 14 Okt lepas telah dimaklumkan yang beliau boleh mengambil transkrip ijazahnya pada bila-bila masa.

4) Universiti bukan tempat sebar ideologi dan berpolitik - Pemangku Raja Johor

Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar universiti tidak dijadikan medan menyebarkan ideologi bagi kepentingan individu atau parti politik, sebaliknya ia adalah adalah pusat pemikiran yang serius untuk menyumbang kepada kemajuan bangsa, negara dan sejagat.

5) Wanita bunuh, kerat mayat rakan selepas kucing miliknya mati dibunuh

Berang kucing peliharaannya mati dibunuh teman serumah, seorang wanita membayar ‘harga’ setimpal dengan memukul mangsa menggunakan tukul sehingga maut dalam satu kejadian di St Petersburg.

6) Penyanyi Mesir punca juruterbang digantung kerja seumur hidup

Seorang juruterbang dari Mesir dilarang melakukan penerbangan seumur hidup selepas didapati cuai membenarkan pelakon dan penyanyi tempatan, Mohamed Ramadan memasuki bahagian kokpit.

7) 'Lan Anak Sarawak, ini masa ikut cara kita' - Abang Johari

Sarawak tidak akan ikut telunjuk kerajaan pusat sebaliknya akan bangunkan Bumi Kenyalang ikut acuan sendiri.

8) Mayat diikat ketulan bata: Ada bukti baharu, diklasifikasi kes bunuh

Kes penemuan mayat lelaki diikat ketulan bata pada leher dan pinggang di celah kapal minyak di sebuah jeti persendirian di Jalan Lanang dekat sini pada Isnin lepas, diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

9) Saya tetap dengan kepimpinan UMNO - Hishammuddin

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan akan tetap dalam kepimpinan UMNO dalam suasana lanskap politik negara tidak kira dalam susah atau senang.

10) Yuna calon E! People's Choice Award kategori The Most Inspiring Asian Woman 2019

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai bakal berentap dengan tujuh lagi calon dari India, Thailand, Korea Selatan, Indonesia dan China.