Tutup

10 berita pilihan sepanjang hari ini

10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Selasa, 22 Oktober 2019.

1) Bunuh rakan kerana masakan tidak sedap, Mohamad Rosli ke tali gantung

Seorang pekerja ladang dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh rakan sekerjanya dua tahun lepas.

2) Reaksi terkejut Najib RM42 juta masuk akaun hanya drama - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram dalam hujahnya menegaskan Najib tidak pernah membuat laporan polis atau menyaman pihak bank berkaitan transaksi diragui.

3) Naruhito naiki takhta, diisytihar maharaja Jepun ke-126
Maharaja Jepun, Maharaja Naruhito hari ini menaiki takhta ‘Chrysanthemum’ dan diisytiharkan sebagai maharaja ke 126 negara itu.

4) Motosikal dirempuh kereta, murid tahun 6 putus kaki

Seorang murid Tahun 6 putus kaki kanan selepas motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di kilometer 46, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi

5) Cleopatra bukan transgender, bukan PA saya - Syed Saddiq jawab fitnah

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini memberi penjelasan berhubung pelbagai fitnah dan tohmahan bukan sahaja kepada dirinya, malah individu di dalam video yang tular baru-baru ini.

6) Pesawat terhempas di kawasan perumahan, 3 maut

Tiga orang terbunuh selepas sebuah pesawat terhempas di sebuah jalan dekat kawasan perumahan di Belo Horizonte, Brazil.

7) Anggota Parlimen upah individu wajah seiras duduki peperiksaan universiti

Seorang ahli politik Bangladesh dibuang universiti selepas didakwa mengupah lapan individu berwajah serupa dengannya untuk mengambil peperiksaan bagi pihaknya.

8) 23 inisiatif tangani kesesakan di Tambak Johor sudah mula dilaksana

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataannya pada Selasa memaklumkan, tiga inisiatif berkenaan dilaksanakan dalam jangka pendek, sederhana dan panjang.

9) Anggota 4U2C, One II meninggal dunia akibat tibi

Datuk AC Mizal turut mengajak orang ramai untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham rakannya One II atau nama sebenarnya, Nirwan Irwan.

10) Selepas Lamborghini Batman RM5.6 juta terbakar, Raffi Ahmad umum berehat dari dunia seni

"BUKAN pamit (ucap selamat tinggal), istirehat sejenak," itu antara kata-kata akhir daripada pelakon popular Indonesia, Raffi Ahmad yang memutuskan untuk berehat seketika dari dunia seni.





Tag: berita pilihan, astro awani, berita dalam negara, berita luar negara



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.