ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi perhatian sepanjang hari ini, Rabu, 23 Oktober 2019.

1) Wanita maut, kenderaan remuk dihempap pokok dalam hujan lebat di pintu utama UM

Seorang wanita yang sedang berjalan kaki maut selepas dihempap pokok yang tumbang di Jalan 16/10, di hadapan pintu utama Universiti Malaya, petang Rabu.

2) Polis UK temui 39 mayat dalam lori kontena

Laporan awal mengatakan mayat terdiri daripada 38 orang dewasa dan seorang remaja. Lori terbabit dikatakan tiba dari Bulgaria dan memasuki negara itu melalui Holyhead pada Sabtu.

3) 'Tindakan Ronnie Liu biadap' - Maszlee gesa pimpinan DAP disiplinkan ahli

Dr Maszlee Malik berkata tindakan tersebut hanya akan membawa lebih banyak perpecahan dan membantutkan agenda reformasi yang sedang dilaksanakan Pakatan Harapan.

4) Penguatkuasaan had masa operasi kedai makan, restoran di Kelantan tetap dilaksanakan

Penetapan had masa operasi kedai makan dan restoran di Kelantan tetap akan dilaksanakan tahun depan selepas rakyat dan peniaga di negeri ini diberikan penerangan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

5) Azizulhasni tidak akan keseorangan ke Tokyo

Pencapaian emas acara pecut pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2020 di Korea Selatan, Isnin lalu, memberi sinar buat skuad negara yang berkemungkinan mendapat dua slot dalam acara keirin dan pecut pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

6) Kerajaan haramkan komik propaganda komunis

Kementerian Dalam Negeri telah mewartakan perintah larangan terhadap penerbitan komik kontroversi Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manfaat Bersama, bersekali dengan versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

7) Galau hati di Imjingak

Penulis Madiha Abdullah menulis tentang pengalaman mengunjungi tempat-tempat menarik di Korea Selatan.

8) Ceritalah - Enam hari di laut: Suatu pelayaran di atas Nggapulu

Selama enam hari lima malam, kapal sepanjang 146.5 meter itu membawa 2,170 penumpang termasuk pasukan Ceritalah pulang dengan laluan pelayaran dari Surabaya di Jawa Timur ke Makassar, Bau Bau, Ambon, Bandar Neira dan Tuai di kepulauan Kei.

9) Anak minta telekung baharu sebelum ditemui lemas

Seorang ibu tidak menyangka permintaan kain telekung baharu oleh anak sulungnya adalah yang terakhir kali sebelum 'permata hatinya' itu ditemui mati lemas.

10) Komando VAT69 'insurans' negara, kata KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyifatkan pasukan Komando VAT69 (VAT69) sebagai 'insurans' yang akan digunakan ketika waktu-waktu terdesak.