Tutup

10 berita pilihan sepanjang hari ini

10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 10 November 2019.

1) SPR kesan 74 kesalahan sepanjang lapan hari tempoh berkempen PRK Tanjung Piai

Sebanyak 74 kesalahan telah direkodkan Pasukan Petugas Kempen Pilihan Raya (KK-KPR) sepanjang lapan hari tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

2) Agenda bentuk rakyat bersatu masih samar - Sultan Nazrin
Tahap pencapaian agenda membentuk rakyat yang bersatu teguh kepada sebuah negara merdeka yang berdaulat masih samar walaupun telah mencapai kemerdekaan selama 62 tahun, demikian titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

3) Mangsa lemas pancing udang, akhirnya ditemui setelah tiga hari
Mangsa lemas yang hilang setelah memancing udang di Dataran Udang, Sungai Perak, tiga hari lalu akhirnya ditemui oleh orang awam dalam jarak 5 kilometer dari tempat dia dipercayai terjatuh.

4) Kes lapan remaja berbasikal maut dirempuh, pendakwaan fail notis rayuan

Pihak pendakwaan hari ini menfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal, dua tahun lalu.

5) Tanah runtuh: Pekerja stesen telekomunikasi Bukit Larut terperangkap

Empat pekerja di stesen telekomunikasi Bukit Larut di sini, terperangkap akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku di laluan jalan tar kawasan terbabit.

6) Kes jangkitan denggi menerusi hubungan seks yang pertama di dunia

Pihak berkuasa kesihatan Sepanyol mengesahkan kes jangkitan denggi menerusi hubungan seks dan ia merupakan kes pertama seumpamanya di dunia.

7) Siklon Bulbul: Enam maut, 36 nelayan hilang

Siklon Bulbul dengan kelajuan angin hingga 130 kilometer sejam mula membadai Bangladesh pada Ahad.

Setakat ini, enam mangsa dilaporkan maut manakala 36 nelayan dilaporkan hilang manakala 30 penduduk tempatan alami kecederaan dan lebih 6,000 kediaman musnah akibat angin kencang.

8) 'Marlboro Man' meninggal dunia pada usia 90 tahun

Robert Norris yang mendapat jolokan ‘Marlboro Man’ meninggal dunia pada usia 90 tahun awal minggu ini di kediamannya di Colorado, Amerika Syarikat.

9) Malaysia kalahkan Thailand 1-0, layak ke Uzbekistan

Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 selepas mengalahkan Thailand 1-0 di Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh, Kemboja, hari ini.

10) Nabil Ahmad mohon maaf kepada Alyah secara langsung

Pengacara Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Nabil Ahmad tampil membuat permohonan maaf secara langsung kepada penyanyi terkenal, Datin Alyah susulan tindakan menjadikan penyanyi itu sebagai bahan usikan.






Tag: berita pilihan, SPR, kesalahan, PRK Tanjung Piai, Sultan Nazrin Shah, lemas, pancing udang, Bukir Larut, denggi, Siklon Bulbul, Nabil Ahmad



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.