ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling meraih perhatian sepanjang hari ini, Selasa, 12 November 2019.

1) Ibu maut ditikam anak sendiri

Seorang wanita maut dipercayai akibat ditikam pada bahagian kiri leher oleh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental dengan menggunakan pisau dapur.

2) Lelaki tikam ibu ada masalah psikiatri

Lelaki yang menikam ibunya sehingga mati di Taman Kampung Padang, Kuantan dipercayai mempunyai masalah psikiatri sejak lapan tahun lalu.

3) Tujuh penyamun pelarian UNHCR tumpas, polis selesai 24 kes pecah rumah

Modus operandi mereka adalah pada waktu siang dengan mengetuk pintu dan memberi salam untuk mengetahui rumah itu berpenghuni atau tidak, sebelum mengumpil jeriji tingkap atau pintu.

4) Air mani gajah, kantung harimau jadi buruan pemburu haram

Sejumlah 47 individu ditahan polis dan Jabatan Perhilitan sejak September lalu hasil Op Bersepadu Khazanah yang bertujuan melindungi hidupan liar dan pemuliharaan hutan.

5) Bekas pegawai khas ADUN DAP P. Pinang cabul wanita dipenjara tiga tahun

Majistret Jamaliah Abd Manap membuat keputusan itu selepas mendapati L. Prem Anand, 52, bersalah mencabul wanita berusia 21 tahun berkenaan.

6) Bukan semua pengidap kencing manis tak boleh memandu - Anthony Loke

Dakwaan bahawa semua penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi tidak boleh memperbaharui lesen memandu merupakan fitnah semata-mata.

7) Mastercard lancar 'token pembayaran', bayar guna jam tangan dan cermin mata

Menjelang tahun 2020, pengguna boleh membuat pembayaran elektronik menggunakan cermin mata, jam tangan, dan gelang tangan.

8) Sam Rainsy hargai sokongan Ahli Parlimen Malaysia

Pemimpin pembangkang Kemboja yang kini dalam buangan, Sam Rainsy, menghargai sokongan yang berikan oleh ahli parlimen negara ini terhadap demokrasi di negaranya.

9) Sekarang bilik penjara saya kosong - Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan mahkamah memerintah Najib membela diri terhadap pertuduhan kes syarikat berkaitan 1MDB itu dianggap satu permulaan baik dalam memberi keadilan.

10) Bunuh isteri gara-gara cemburukan aktor Bollywood

Donne Dojoy, 27, dari Queens, Amerika Syarikat amat meminati lakonan dan tarian aktor tinggi lampai Hrithik Roshan hingga menyebabkan suaminya Dineshwar Budhidat, 33, cemburu dan berang.