ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 13 November 2019.

1) Bekas anggota kumpulan Ukays, Akel Zainal disahkan terbunuh di Syria

Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin atau dikenali sebagai Akel Zainal yang menyertai kumpulan militan Daish di Syria disahkan terbunuh dalam serangan udara di negara itu, awal tahun ini.

2) Lori tangki terbakar di lebuh raya PLUS, lalu lintas sesak lima kilometer

Sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit terbakar di Kilometer 268 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Ipoh pada Rabu.

3) Bahasa kiasan dalam filem P. Ramlee teguran terhadap masyarakat masa kini

Sudah sekian lama P. Ramlee mengingatkan kita bahawa bahasa itu perlu dipelihara dengan baik kerana bahasa itulah budi dan susila terutamanya dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum.

4) Nahas 8 kenderaan: 'Saya sempat ajar arwah isteri mengucap' - Suami

Azman Syah Gusti, 28, mengimbas detik ketika isterinya Salwati Yaakob, 28, berada di pangkuannya selepas tersepit di dalam kereta yang dinaiki mereka akibat kemalangan.

5) Suami isteri maut, dua anak terselamat kenderaan terjunam dalam gaung

Sepasang suami isteri maut, manakala dua anak mereka cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas lalu jatuh ke dalam gaung di Kilometer 1, Jalan Jiwa Murni Nanga Mujong.

6) Laporan Jho Low dikesan di India berita palsu - Ketua Polis Negara

Selepas didakwa menetap di Emeriah Arab Bersatu (UAE) serta memperoleh pasport dari negara Cyprus, ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dikesan berada di India pula.

7) Wow! Ini baru betul kereta terbang

Aircar, sebuah kereta terbang yang direka oleh jurutera Slovakia dan juruterbang Stefan Klien, membuat kemunculannya di Ekspo Import Eksport Kebangsaan China (CIIE)

8) Pasangan sumbang mahram cekik dua anak hingga mati

Sepasang 'suami isteri' sumbang mahram tergamak membunuh dua daripada enam anak mereka setelah hubungan terlarang itu diketahui umum.

9) Isteri larang suami ambil minuman keras mati dipenggal

Hanya kerana diminta berhenti mengambil minuman keras, seorang suami hilang kewarasan sehingga sanggup memenggal kepala isterinya dalam kejadian di Etmadudaula, Agra, India.

10) Suami mahu terjun bangunan gara-gara isteri 'shopping' sakan 11.11

Gara-gara penangan 'jualan harga runtuh' pada 11.11, seorang lelaki mahu membunuh diri kerana isteri membelanjakan lebih dari 300,000 yuan (RM177,559) membeli-belah pelbagai barangan dalam talian.