ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 16 November 2019.

1) Tujuh senior tingkatan lima disyaki rogol bergilir-gilir pelajar tingkatan dua

Tujuh pelajar lelaki yang kesemuanya berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam perbuatan merogol bergilir-gilir seorang pelajar perempuan tingkatan dua di Tawau pada Jumaat.

2) Tanjung Piai Memilih: Tiga pengundi dakwa nombor kad pengenalan mereka diguna individu lain

Ketiga-tiga pengundi itu dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa nombor kad pengenalan mereka telah pun digunakan lebih awal sebelum mereka membuang undi.

3) Tanjung Piai sudah memilih, BN rampas semula kerusi dengan majoriti besar

Calon BN iaitu Datuk Sri Dr Wee Jeck Seng berjaya memperoleh undi berjumlah 25,466, jauh meninggalkan saingan daripada calon Pakatan Harapan iaitu Karmaine Sardini yang cuma memperoleh 10,380 undi.

4) Menikmati gelombang kemenangan BN di Tanjung Piai

Tanjung Piai adalah ujian kepada keseluruhan masyarakat Cina negara ini untuk kembali menyokong Barisan Nasional (BN)

5) Kekalahan ini pahit untuk ditelan - Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat permohonan maaf kepada rakyat menerusi laman Twitter milik peribadinya susulan keputusan PRK Tanjung Piai yang jelas berpihak kepada BN.

6) Rafizi perlu diberi ruang secukupnya - Anwar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memberikan ruang secukupnya kepada Naib Presiden, Mohd Rafizi Ramli dalam menilai semula keputusan yang dibuat untuk tidak kembali aktif dalam politik.

7) Henry Golding tersenarai dalam TIME 100 Next

Pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Henry Golding terus mencipta kejayaan sendiri dan tersenarai dalam senarai bintang meningkat naik, TIME 100 Next.

8) Kosongkan kerusi Parlimen Batu? Jangan keruhkan keadaan, pesan Anwar Ibrahim

Semua pihak terutama pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu mengeruhkan keadaan dengan memperbesarkan isu pengosongan kerusi Parlimen Batu.

9) Dilanggar pemandu wanita Vietnam, kaki kiri pemandu lori terpaksa dipotong

Seorang pemandu lori yang parah dirempuh kereta dalam kemalangan di Jalan Anson, George Town, pada Jumaat, terpaksa menangung derita seumur hidup apabila kakinya terpaksa dipotong.

10) Dah tiga kali The Rock 'meninggal dunia'...

Netizen tertanya-tanya mengenai kesahihan berita tular yang melaporkan aktor Dwayne Douglas Johnson atau The Rock terbunuh ketika melakukan aksi lagak ngeri.