ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 17 November 2019.

1) Bukan Tun M, tapi Syed Saddiq punca PH kalah - Syaiful Irfan Anang

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu berkata, punca sebenar kekalahan PH adalah disebabkan oleh kegagalan Syed Saddiq memanfaatkan sepenuhnya jentera pemuda PH.

2) 'Bersedialah jadi kerajaan tempang, tumbang'

Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, ia merupakan kekalahan teruk yang membawa mesej berbentuk 'gegaran letupan'.

3) Selagi janji manifesto tidak dipenuhi sepenuhnya, rakyat tidak akan puas hati

Rakyat akan menjadi tidak puas hati, marah serta mengambil langkah untuk memilih pihak lawan apabila tibanya musim pilihan raya sama ada pilihan raya kecil ataupun pilihan raya umum.

4) "Bukan salah Dr M seorang" - Khalid Samad ulas kekalahan PH di PRK Tanjung Piai

Pengerusi PH tidak sepatutnya disalahkan atas kekalahan itu kerana keputusan yang dibuat dalam PH bukan diputuskan oleh Dr Mahathir sahaja, tetapi turut mendapat persetujuan bersama pemimpin lain.

5) Kerajaan perlu bubar Parlimen - Ketua Pembangkang

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membubarkan Parlimen susulan kekelahan teruk Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

6) Penuntut jurusan perubatan maut selepas terjatuh dari tingkat empat perpustakaan

Belum sempat duduki peperiksaan penuntut jurusan perubatan ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan perpustakaan sebuah universiti swasta di Sungai Petani.

7) Empat nyaris lemas, mujur diselamatkan anggota bomba

Lambaian tangan empat mangsa yang terkapai-kapai di permukaan laut berjaya menyelamatkan mereka daripada lemas, apabila anggota bomba yang secara kebetulan berada di lokasi menyedari kejadian itu.

8) Keluarga pemandu lori sedih, mungkin ambil tindakan undang-undang

Menurut Siti Balkis, bapanya seorang pekerja yang bertanggungjawab, suka bekerja dan tidak boleh duduk diam malah niat baik bapanya untuk membantu rakan sekerjanya pada hari kejadian mengundang musibah.

9) Wanita hamil antara 10 ditahan positif dadah

Seorang wanita hamil bersama suaminya merupakan antara 10 yang ditahan akibat positif dadah dalam operasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut yang dijalankan pada Ahad.

10) Laris kencang! Tiket perlawanan Malaysia-Indonesia sudah habis dijual

Perkara itu dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman sosial Facebook pada Ahad, dua hari sebelum menjelang perlawanan tersebut.