ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 25 November 2019.

1) Hukuman penjara enam bulan, denda RM30,000 ke atas Adam Rosly kekal

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menolak rayuan Adam Rosly terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 26 April 2018.

2) Makmal dadah terbesar di Perak tumpas, lima ditahan

Serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Perak.

3) Label 'halal' sekadar muslihat? YouTuber Korea dedah kisah di Myeong-dong Street

Seorang YouTuber Korea beragama Islam telah membuat satu video di Myeong-dong Street iaitu destinasi yang menjadi tumpuan pelancong untuk mencuba makanan-makanan tempatan.

4) Syed Saddiq bersumpah letak jawatan jika SPRM buktikannya salah kuasa

Menteri Belia dan Sukan itu tidak takut dengan dakwaan mempunyai bukti kontrak bernilai RM7 juta yang diberikan kepada sebuah syarikat untuk mengendalikan IKBN di Melaka, Selangor dan Perlis.

5) Sindiket kad warga asing cuba kaut untung kira-kira RM1 juta, digagalkan polis

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata, seramai enam ahli sindiket melibatkan empat lelaki dan dua wanita tempatan berjaya dicekup dalam kejadian berkenaan.

6) Petronas sahkan disaman kerajaan Sarawak

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kerajaan Sarawak dan pengawal cukai jualan negeri itu memfailkan saman terhadapnya atas dakwaan gagal membayar cukai jualan.

7) ASEAN lihat Korea Selatan sebagai contoh model yang baik

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Dasar Selatan Baharu yang dilaksanakan negara itu sejak 2017 juga selari dengan polisi ASEAN.

8) M. Nasir: Hikayat seorang seniman

Kerinduan peminat M. Nasir terubat dengan konsert yang diadakan selama dua malam berturut-turut di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

9) Sukan SEA: Kejar masa untuk siapkan kelengkapan venue

Selepas beberapa pertandingan seperti bola sepak, floorball dan polo telah bermula beberapa hari lalu sebelum upacara perasmian pada Sabtu ini, banyak kerja-kerja pembinaan masih berjalan.

10) Ceritalah - Perihal bahasa dan penerimaan: Kisah seorang Iban di Johor

Orang Sabah dan Sarawak seperti Gawing hidup di semenanjung boleh memberi pengaruh langsung kepada persekitaran yang hampir padanya.