ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 27 November 2019.

1) Malaysia fokus pelaburan sektor pembuatan teknologi tinggi

Malaysia mahu melihat pelaburan dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi termasuk Revolusi Industri 4.0, tenaga boleh diperbaharui dan perkhidmatan yang mewujudkan pekerjaan nilai tinggi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

2) RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu bermula 2020

Harga RON95 akan dinaikkan sebanyak satu atau dua sen setiap minggu bermula tahun hadapan.

3) Kehadiran kurang kerana Ahli Parlimen kerajaan letih - Johari

Kekurangan kehadiran Ahli Parlimen kerajaan akibat keletihan hampir menggagalkan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada Selasa.

4) Suhu Dewan Rakyat sangat sejuk, sukar untuk Ahli Parlimen duduk lama - Hanipa Maidin

Jika Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul menjadikan keletihan sebagai alasan kenapa kekurangan kehadiran Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin pula menjadikan kesejukan dewan menjadi penyebab tidak ramai wakil rakyat mampu duduk berjam-jam semasa persidangan berlangsung.

5) Kerajaan tidak pernah benar abu Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia - Muhyiddin

Kerajaan tidak pernah membenarkan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, dibawa pulang ke Malaysia, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

6) 'Berpesta' di jalan raya rai kertas akhir SPM

Kurang 24 jam tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beberapa kawasan tumpuan pelancong di Melaka dicemari sekumpulan pelajar yang menunggang motosikal secara melulu.

7) Guru nafi hisap kemaluan pelajar

Seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Klang, Selangor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang bertentangan dengan aturan seks tabii terhadap dua murid lelakinya, empat tahun lalu.

8) Murid darjah 4 maut terjerut baju hujan

Seorang murid tahun empat maut selepas terjerut baju hujan yang dipakainya ketika menaiki motosikal bersama ibu saudaranya.

9) Farid Kamil dipenjara sembilan bulan

Artis kontroversi, Datuk Farid Kamil, terpaksa merengkok dalam penjara sejak Khamis lalu, selepas rayuannya untuk mengetepikan hukuman penjara selama sembilan bulan ditolak Mahkamah Tinggi Shah Alam.

10) Koala diselamatkan wanita dalam kebakaran, akhirnya terpaksa disuntik mati

Seekor beruang koala yang parah akibat kebakaran minggu lalu, akhirnya terpaksa disuntik mati selepas haiwan itu gagal pulih dari kecederaannya.