ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 16 Disember 2019.

1) Kes bunuh Altantuya: Teks penuh akuan bersumpah Azilah Hadri

Akuan bersumpah Cif Inspektor Azilah Hadri, iaitu anggota polis yang dikaitkan dengan dakwaan membunuh seorang wanita Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.

2) Arah Azilah bunuh Altantuya, ini reaksi Najib Razak

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyangkal dakwaan bekas anggota UTK PDRM, Cif Inspektor Azilah Hadri yang mendakwa beliau membuat arahan secara terus untuk membunuh Altantuya Shaariibuu.

3) Anak Azian Mazwan Sapuwan meninggal dunia

Penyanyi yang cukup terkenal sekitar era 80-an, Azian Mazwan Sapuwan kehilangan anaknya, Mohammad Aqil Zulkarnain sekitar 11.30 pagi Isnin.

4) Jika benar saya terlibat, tidak perlulah BN dakwa dua polis itu di mahkamah - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak merumuskan bahawa proses perbicaraan dari Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Persekutuan tidak mensabitkan beliau dalam jenayah itu.

5) 'My father is not a murderer' - anak perempuan Najib Razak

Anak Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa mendakwa cubaan bekas anggota UTK PDRM Cif Inspektor Azilah Hadri mengaitkan ayahnya dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah satu fitnah.

6) Greta pulang, tinggal kesan bukan kepalang

TIDAK ubah seperti taufan membadai, remaja Sweden Greta Thunberg pulang ke Sweden setelah menamatkan jelajah benua empat bulan lamanya dalam usaha menyelamat dunia.

7) Selepas 15 tahun, ratusan mangsa tsunami Thailand masih belum dikenal pasti

Lima belas tahun selepas tragedi tsunami Lautan Hindi, sebuah kargo di balai polis di selatan Thailand masih menyimpan saki-baki barangan mangsa yang belum dikenal pasti.

8) Kes Muhammad Adib: Laporan pakar perubatan bercanggah, pandangan MMC diperlukan

Pandangan Majlis Perubatan Malaysia diperlukan untuk menilai percanggahan laporan oleh dua pakar perubatan mengenai bedah siasat anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

9) Dr Nur Amalina pertahan Syed Saddiq

Ketika netizen menyindir gambar Menteri Belia dan Sukan terlantar di hospital yang dikatakan penuh 'drama', Dr Nur Amalina menjelaskan sesuatu.

10) Stadium Nasional kini bersedia untuk Olimpik Tokyo 2020

Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo pada Ahad merasmikan pelancaran stadium utama bagi temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.