ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 17 Disember 2019.

1) Pembunuh bersiri gemar 'berasmara' dengan mangsa diburu pihak berkuasa Thailand

Polis kini sedang giat memburu seorang pembunuh bersiri yang dikenali sebagai “Thailand Jack the Ripper” selepas suspek disyaki sekali lagi melakukan pembunuhan di Khon Kaen, Thailand.

2) Tun Mahathir hanya senyum, geleng kepala saat ditanya berhubung Azilah

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menggelengkan kepala saat ditanya adakah beliau ada berjumpa dengan bekas pasukan Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri.

3) Khianati negara: Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf dijatuhi hukuman mati

Mahkamah Anti Keganasan Pakistan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Presiden dan pemimpin tentera Pakistan, Pervez Musharraf atas tuduhan mengkhianat dan mencemarkan perlembagaan negara itu.

4) Peragut berputih mata ragut rantai emas palsu

Seorang peragut 'berputih mata' selepas hanya berjaya menyamun seutas rantai tiruan daripada seorang wanita warga India di Jalan Tun Sambanthan, Ahad lepas.

5) Kes bunuh Altantuya: Permohonan semakan difailkan Azilah didengar 20 April

Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Azniza Mohd Ali menetapkan tarikh itu selepas pengurusan kes di hadapannya di dalam kamar.

6) Shafee dakwa Azilah dibawa keluar dari penjara Kajang jumpa VVIP

Selain itu, ada beberapa individu termasuk ejen kerajaan ke Australia untuk berjumpa dengan pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang kini berada di bawah tahanan pihak berkuasa negara itu.

7) Polis jejaki suami wanita mangsa bunuh dengan pisau masih tercucuk di leher

Polis masih menjejaki seorang lelaki yang dipercayai dapat membantu dalam siasatan pembunuhan seorang wanita warga Myanmar di sebuah Kondominium Park View Harbour Palace di Butterworth malam Isnin.

8) "Allah ada sesuatu yang lebih baik", bekas tunang Adib redha selepas setahun

Sudah genap setahun pemergian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang menghembuskan nafas terakhirnya pada jam, 9:41 malam pada tarikh 17 Disember tahun lalu.

9) Raja Arab Saudi gusar Malaysia anjur KL Summit

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz menzahirkan rasa gusar terhadap isu umat Islam dibincangkan menerusi penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) 2019.

10) Beliau sering mengikut perkembangan saya - Stacy terkejut dengan berita pemergian anak Nora

Penyanyi Stacy akui terkejut selepas menerima berita pemergian anak penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema Nora Ariffin, Muhammad Syakir Alif Johan pada Sabtu lalu (14 Disember).