ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Jumaat, 20 Disember 2019.

1) Kereta rempuh belakang lori tembikai, 5 sekeluarga maut

Lima sekeluarga maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 427.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara dekat Bukit Beruntung awal pagi tadi.

2) Sumpah laknat: "Saya tidak pernah jumpa, tidak mengenali Altantuya" - Najib Razak

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Azilah Hadri berhubung pembabitan beliau dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pukul 2.15 petang, hari ini.

3) Kebakaran di Jalan Ipoh, 13 keluarga hilang tempat tinggal

Seramai 60 individu daripada 13 buah keluarga kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Kovil Hilir, Jalan Ipoh hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran petang Jumaat.

4) 'Dr Mahathir luar biasa di mata rakyat Palestin' - Pemimpin Hamas

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai pemimpin luar biasa oleh rakyat Palestin terutama dalam usaha beliau membangunkan ummah.

5) Agong seru kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang bersatu

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru barisan kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang agar sentiasa bersatu padu demi keutuhan agama Islam pada masa akan datang.

6) Lelaki dipercayai curi 86 telefon bimbit pelajar tiga MRSM sedang tidur diberkas

Polis memberkas seorang lelaki yang dipercayai telah menceroboh masuk asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan merampas 86 unit telefon bimbit, enam unit komputer riba, lima kad pengenalan dipercayai milik pelajar, satu kad pelajar dan lima beg hitam, dipercayai barangan curi.

7) Dong Jiao Zong harus faham reaksi kaum Melayu - Tun Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, ketidakstabilan akan tecetus sekiranya, kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong terus menyentuh sensitiviti kaum lain di negara ini.

8) 'Bukan hanya mengejar syurga, tapi jadikan dunia ibarat syurga' - Maszlee

Setiap lapisan sistem pendidikan pada masa kini bukan hanya berfungsi untuk mengajar, sebaliknya menjadi platform meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar dan penuntutnya.

9) Tunku Ismail sasar JDT jadi kelab bernilai RM1 bilion

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyasarkan nilai kelab Harimau Selatan itu bakal mencecah RM1 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang.

10) Terima wang hantaran RM77,777.77, Farah Nabilah bergelar isteri juruterbang

Aktres terkenal, Farah Nabilah, 27, selamat bergelar isteri kepada Mohammed Amirul Yunus, 28, malam ini.