ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Sabtu, 21 Disember 2019.

1) 'Kenyataan saya, milik saya' - Dr Mahathir tidak peduli jika India anggap beliau salah

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus bertegas bahawa undang-undang baharu mengenai kerakyatan negara itu adalah tidak adil.

2) Pensyarah Pakistan, Junaid Hafeez dijatuhi hukuman mati atas dakwaan menghina Islam

Junaid Hafeez, 33, telah ditahan pihak berkuasa selepas dituduh oleh pelajar di universiti tempat beliau mengajar atas dakwaan membuat kenyataan berbaur hasutan yang menghina Islam di Facebook.

3) Kes bunuh Altantuya: 'Sumpah haram panah lintar' tak cukup, perlu buka semula siasatan - Mahfuz

Tindakan untuk melaksanakan Akuan Bersumpah (SD) dan sumpah laknat oleh kedua-dua belah pihak yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, adalah tidak mencukupi dalam menyelesaikan kes terbabit.

4) Jaguh beregu badminton negara, Chan Peng Soon lumpuh sebelah muka

Perkara menyedihkan itu disahkan pemain berusia 31 tahun dan turut berkongsi sebuah video di laman Instagram miliknya yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

5) Waris pelakon lagak ngeri 'The Walking Dead' maut ketika penggambaran dapat pampasan RM33 juta

Ibu bapa John Bernecker sebelum itu mengemukakan saman ke atas syarikat penerbitan hiburan AMC Networks dan juga beberapa defendan lain dalam produksi berkenaan, atas kegagalan menerapkan langkah keselamatan

6) Kerajaan Thailand bayar pampasan kepada keluarga mangsa tembak mati

Kerajaan Thailand membayar pampasan kepada tiga keluarga mangsa yang mati, dipercayai ditembak renjer di daerah Rangae, Narathiwat, selatan Thailand, Isnin lepas.

7) Dr Mahathir seru negara Muslim guna dinar emas, sistem barter

Ia bagi membantu mengukuhkan kadar mata wang serta meningkatkan kekuatan ekonomi di kalangan negara terlibat, tanpa terlalu bergantung kepada sistem mata wang barat.

8) Kematian warga emas dalam bilik air tiada unsur jenayah - Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor, hasil bedah siasat ke atas mangsa tidak menemui sebarang kecederaan akibat daripada pergelutan.

9) Isteri pukul, pijak kemaluan suami hingga pengsan

Menurut polis tempatan di Probolinggo, Jawa Timur, wanita berusia 30 tahun itu pada awalnya hanya berperang mulut dengan suaminya di kediaman mereka di Desa Kalibuntu.

10) Ayah Remy Ishak meninggal dunia

Aktor terkenal Remy Ishak memaklumkan bapa kesayangannya, Ishak Idris telah menghembuskan nafas terakhir awal pagi Sabtu.