ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Khamis, 26 Disember 2019.

1) Apandi Ali umum letak jawatan, tak rela jadi 'kuda tunggangan' dalam UMNO

Keputusan itu diambil beliau ekoran keputusan pucuk pimpinan parti membatalkan sesi perjumpaan antara Lembaga Displin dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

2) UMNO belum terima surat peletakan jawatan Apandi - Annuar

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima surat rasmi peletakan jawatan Tan Sri Apandi Ali sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.

3) Suami isteri warga emas hembus nafas akhir bersama di Tanah Suci

Ismail Latif, 66 tahun, meninggal pada jam 11 pagi waktu tempatan Isnin lepas manakala isterinya, Rohani Dollah, 60 tahun, meninggal dunia jam 2 petang Rabu sewaktu berada di kota Madinah.

4) "Hentikan kepercayaan khurafat, Allah lakukan apa sahaja yang dimahukanNya" - Imam Masjid Putra

Umat Islam diseru untuk menghentikan kepercayaan khurafat berkait dengan apa-apa peristiwa atau fenomena alam.

5) Gerhana matahari pengaruhi perilaku haiwan

Antara pemerhatian sekumpulan pelajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM terhadap reaksi haiwan di Zoo Johor, semasa fenomena itu, mendapati sekumpulan rusa berada dalam kawanan ketika kemuncak gerhana.

6) Rakyat Malaysia teruja lihat Gerhana Matahari Anulus

Selepas kali terakhir berlaku 21 tahun lalu, hari ini rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan keunikan fenomena alam yang mencetuskan pelbagai kesan kepada flora dan fauna dikenali sebagai gerhana matahari cincin atau annulus.

7) Pemandu Lamborghini acu pistol kepada dua pelajar gara-gara sindiran

Gara-gara tidak puas hati terhadap sindiran dua pelajar sekolah menengah, seorang lelaki di Jakarta ditahan setelah dia mengugut pelajar berkenaan dengan sepucuk pistol.

8) Tiga insiden pencetus kemarahan terhadap kerajaan India

Tekanan dan cabaran orang Islam di India semakin besar pada tahun 2019 apabila berlaku tiga kontroversi mengenai pindaan undang-undang kewarganegaraan yang dilakukan oleh pihak pemerintah.

9) Tsunami 2004 terus terpahat dalam ingatan Suppiah dan 'bayi ajaib'

Di Pulau Pinang, kisah tsunami akan terus segar terpahat dalam ingatan seorang peniaga A. Suppiah dan anaknya S. Thulaasi, "bayi ajaib tsunami" yang baharu 22 hari dilahirkan semasa kejadian ombak besar itu.

10) Didakwa tolak permintaan peminat untuk bergambar, ini penjelasan Fasha Sandha

Aktres jelita Fasha Sandha tampil menjelaskan situasi sebenar yang mengatakan dirinya sombong untuk bergambar dengan seorang peminat yang bernama Siti Sara.