ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 29 April 2020.

PERKEMBANGAN ISU COVID-19

1) COVID-19: Tiada kematian, 94 kes positif baharu

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan tiada pertambahan kes kematian baharu, sekali gus menyaksikan jumlah kumulatif kematian di negara ini kekal 100 kematian atau 1.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19.

2) COVID-19: KKM kesan satu mutasi lebih ganas, jangkiti 120 individu - Dr Noor Hisham

Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap COVID-19 mendapati terdapat satu daripada 30 strain mutasi virus tersebut boleh bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia membabitkan kes ke-26, di mana mutasi tersebut dikesan pada kodon 15.

3) KKM siasat dakwaan berkongsi tandas dengan pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin Kempas

Kementerian Kesihatan akan menyiasat dakwaan pesakit yang disahkan negatif berkongsi tandas dengan pesakit positif COVID-19 di Pusat Kuarantin di Kempas, Johor bahru. Mengikut prosedur operasi standard (SOP), Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebiasaannya pesakit yang disahkan negatif akan diasingkan.

4) Jangan tergesa-gesa longgarkan PKP, banyak kriteria perlu dipertimbang

Kerajaan perlu mempertimbang pelbagai perkara sebelum sebarang garis panduan pelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di zon hijau dikeluarkan. Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia-Pasifik Kuala Lumpur, Prof Datuk Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata, kelonggaran PKP di zon hijau mesti dilakukan secara berperingkat.

5) 27 individu ditahan anjur sambutan hari lahir semasa PKP

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata, 25 lelaki dan dua perempuan warga tempatan berumur lingkungan 19 hingga 37 tahun itu, ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi Rabu selepas polis menerima maklumat mengenai insiden tersebut.


NORMAL BAHARU

1) KKM pertimbang aktiviti sukan ketika PKP - Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan orang ramai perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh KKM termasuk penjarakan sosial. Menurutnya, aktiviti senaman adalah sebahagian daripada SOP dan pihaknya sedang mempertimbangkan sukan-sukan yang tidak mempunyai kontak rapat.

2) PKP: Guru di Pedalaman Sarawak pastikan bahan pengajaran sampai kepada murid

Setia berada di sekolah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya untuk memastikan bahan pengajaran dan pembelajaran sampai kepada anak muridnya menerusi dalam talian. Itu pengorbanan seorang Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Labang, Sebauh, Bintulu, Mingkul Damu.

3) Landskap pekerjaan bakal berubah

Pensyarah Kanan Sumber Manusia dan Hubungan Industri, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Profesor Dr Balakrishnan Parasuraman berkata, perubahan itu bagaimanapun akan berlaku secara berperingkat berdasarkan keperluan semasa.

4) PKS disaran perkecil operasi perniagaan - DPIM

Naib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Mohsein Mohd Sharif berkata, langkah itu bagi memastikan perniagaan mereka dapat diteruskan meskipun berdepan dengan masalah ekonomi tempatan dan dunia. Bagaimanapun langkah itu tidak seharusnya melibatkan pemberhentian pekerja secara drastik.

5) ASEAN's joint efforts to revive tourism

Tourism ministers of the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) agree to integrate efforts to revive tourism in the region after the end of the coronavirus disease 2019 (COVID-19), reported Thai News Agency.