ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 8 Mei 2020.


PERKEMBANGAN ISU COVID-19

1) COVID-19: 88 kes pulih, 68 kes baharu dilaporkan - KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 88 kes positif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

2) COVID-19: Pengawal keselamatan warga asing wajib buat ujian saringan

Kerajaan hari ini memutuskan agar semua pengawal keselamatan warga asing diwajibkan untuk membuat saringan ujian kesihatan jangkitan COVID-19.

3) Kluster Pedas jangkiti 60 individu setakat ini - KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 60 individu sudah dijangkiti COVID-19 dalam kluster Pedas, iaitu melibatkan warga pekerja sebuah kilang di mukim itu di Negeri Sembilan, yang dikesan sejak 2 Mei lalu.

4) COVID-19: 'Berat hati ini meninggalkan sahabat-sahabatku di wad...' - Ashraf Muslim

Pelakon, Ashraf Muslim yang dijangkiti COVID-19 dan dirawat di Hospital Sungai Buloh baru-baru ini akhirnya dibenarkan pulang ke rumah pada petang Khamis.

5) COVID 19: Singapore reports 768 new cases, tally breaches 21,000 mark

Singapore has preliminarily confirmed an additional 768 cases of COVID-19 infection, bringing the tally to 21,707.


NORMAL BAHARU

1) PKPB: Nuzul al-Quran disambut dengan normal baharu tahun ini

Setiap tahun pada 17 Ramadan mengikut kalendar Hijrah, umat Islam akan berkumpul, mengadakan majlis khatam dan tadarus membaca ayat-ayat suci al-Quran beramai-ramai sempena sambutan Nuzul al-Quran.

2) Perlis benar solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei

Sebagai langkah permulaan untuk membolehkan 'Syiar Jumaat' dihidupkan kembali, Perlis membenarkan Solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini.

3) Facebook anjur acara perniagaan dalam talian untuk perniagaan kecil

Facebook bekerjasama dengan perniagaan tempatan dalam menganjurkan acara siaran langsung Facebook selama seminggu bertema "Jaga Jarak, Tetap Meriah dengan Digital Beli Belah", yang akan dihoskan di Laman Perniagaan Facebook dari 13 hingga 17 Mei ,2020 dari pukul 4 petang hingga 7 malam setiap hari.

4) Ini 4 strategi dan 5 kriteria dipilih Boris Johnson untuk buka semula ekonomi UK

Selepas sebulan tidak berniaga ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Huszaimi Abu Hassan, 47 tahun, mula terasa peritnya.

5) Ini antara negara yang sudah benarkan sekolah beroperasi semula

Pembukaan semula sistem pembelajaran di sekolah memberi kebimbangan kepada orang ramai lebih-lebih lagi golongan ibu bapa.