ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 9 Mei 2020.

PERKEMBANGAN ISU COVID-19

1) COVID-19: 1 lagi kematian, 54 kes baharu

Satu lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kematian COVID-19 kini meningkat ke 108, manakala 54 kes baharu dicatatkan sehingga pukul 12 tengah hari 9 Mei 2020 menjadikan jumlah keseluruhan adalah 6,589 kes.

2) Satu lagi kluster baharu di Setia Alam melibatkan pekerja asing

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kluster tersebut dikesan pada 6 Mei lalu selepas menerima notifikasi dari sebuah hospital swasta.

3) COVID-19: Jumlah kes aktif di Rembau naik mendadak - KKM

Berdasarkan infografik CPRC yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini, jumlah kes aktif di daerah yang dikategorikan Zon Merah COVID-19 itu meningkat kepada 59 berbanding tujuh kes, Khamis lepas.

4) BPN: Sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan diluluskan

Sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah diluluskan melibatkan jumlah RM1.7 bilion.

5) Vandalisme di hotel kuarantin: Suspek disyaki alami masalah mental

Menurut laporan daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail suspek kini telah ditahan dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS), kerana disyaki mengalami masalah mental.


NORMAL BAHARU

1) Pintu rezeki lebih terbuka di bawah PKPB - Tukang jahit

Selepas PKPB mula dilaksanakan (mulai 4 Mei), tempahan untuk baju raya semakin meningkat dan ia sekali gus melegakan hatinya untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

2) Manfaatkan World #QuranHour untuk berubah kepada nilai akhlak al-Quran

Umat Islam diharap memanfaatkan program World #QuranHour di masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini untuk berubah kepada nilai akhlak sebagaimana ajaran al-Quran, terutamanya dalam aspek hubungan baik sesama manusia.

3) Sarawak benarkan sektor ekonomi beroperasi semula 12 Mei ini

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk membenarkan sektor ekonomi dibuka semula bermula 12 Mei ini di seluruh negeri.

4) Halaman rumah bertukar menjadi ladang sayuran hidroponik

Loretta yang mesra disapa Olynn menanam hasrat untuk mewujudkan ladang sayuran hidroponik miliknya sendiri dengan mentransformasikan halaman rumah menjadi ladang mini.

5) 10 panduan di tempat kerja pasca PKP

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menyarankan panduan, terutama bagi majikan dalam usaha memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja yang kembali ke pejabat, pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).